Isnin, 20 Februari 2012

semester akhir dah??

Assalamualaikum.. 

Hari ini kite memulakan pagi dengan begitu semangat. bangun awal2 pagi untuk menunaikan solat subuh, dan kemudia mandi awal pagi untuk bersiap. jam 8.15 pagi turun menunggu bas di perhentian bas yang berdekatan dengan desasiswa Bakti Permai. tepat pukul 8.20 datg sebuah bas kuning dan bas itulah yang membawa kite bersama Mar dan Huda ke PPSK (Pusat Pengaj. Sains Kemasyarakatan). setelah beberapa minit berada di foyer SK datang Afin dan kami terus menuju ke makma komputer2 untuk proses pengguguran dan penambahan subjek.

Alhamdulillah, kerja kite hari ini dipermudahkan. selesai hajat untuk menggugurkan subjek pemikiran kritis dan menggantinkannya dengan subjek teknik berfikir. cuma, unit semester ini agak sedikit. mudah-mudahan dengan unit yang sedikit itu dapat membaiki keputusan kite dengan lebih baik lagi untuk semester ini. semoga ianya dipermudahkan.. selesai menggugur dan menambak subjek, kite mengikuti sahabat untuk memasuki kelas subjek Institusi Kekeluargaan ataupun lebih dikenali dengan panggilan MUNAKAHAT. pelajaran subjek ini penting untuk pengetahuan dalam menjalani kehidupan. walaupun kite ttidak mendaftar untuk mengambil paper ini namun kite rasa kite nak masuk kelasnya setiap hari isnin. kite sengaja x nak daftar subjek ini untuk peperiksaan.

ia, hari ini adalah hari pertama untuk semester akhir ini. dan urusan untuk hari pertama ini banyak ditolong olehNya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan