Ahad, 12 Jun 2011

Hanya Satu

Ku akui.. ruang hati ini, bertahun-tahun kekosongan. Tiada penyeri yang lebih istimewa selain famili dan sahabat handai. aku riang menjadi seorang aku yang mungkin tiada cinta kepada sesiapa melainkan hanya untuk diriku, sahabat, kawan dan keluarga. Tiada kekasih hati yang aku taburi kata-kata rindu. Aku bahagia begitu.. Walaupun kadang cemburu melihat kemesraan orang sekeliling. Siapa yang tidak mahu rasa disayangi. Namun, rasa itu.. dapat ku hindari apabila aku muhasabah diri. Aku hampir terpesong dengan hawaku.. Alhamdulillah.. aku kembali sedar.

Namun kini, ruang hatiku semakin hari semakin dipenuhi dengan rasa yang berbunga-bunga. Dirinya datang dalam hidupku.. Oh, kadang-kadang aku seperti tidak percaya. Mengapa dirinya? Bukankah lebih ramai orang diluar sana? Takdir Tuhan... tiada siapa yang tahu. Ya, dia insan biasa.. namun, bagiku.. dia adalah insan yang luar biasa apabila dia ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik. Alhamdulillah..

"Rasa" itu.. hadir secara tiba-tiba apabila aku menerimanya secara "bersyarat". tidak kusangka.. mengapa aku boleh jatuh akhirnya..  Perjalanan cerita kami.. Bagaikan kisah dongenag novel cinta. aku dan dia sebagai watak utama cerita cinta yang penih konflik dan berakhir dengan happy ending. Aku turut berharap.. aku dengannya.. akn berakhir dengan kisah cinta yang bahagia.

Aku harap... aku dapat menjaga hatiku ini. supaya tidak terlalu menyukai dan menyayangi dia sebelum aku menjadi miliknya yang mutlak.. Ya Allah..percepatkanlah jodoh kami.. andainya dia adalah Adamku.. amin.

Dirinya hanya satu..

sekian, 
coretan yang akan menjadi sebahagian kenangan dalam hidup..