Khamis, 21 Julai 2011

: : 2minggu ini : :

Lama tidak menjengah ke coretan ini.. Masa yang menjadi kekangan untukku menjengah di sini. Lama tidak berceloteh.. membuatkan cerita terkumpul semakin banyak untuk aku luahkan. Namun, tangan tidak berdaya untuk ku gaip semuanya.. cukuplah jika diceritakan serba ringkas hanya beberapa perkara yang ingin dikongsi.

Minggu lepas, aku balik kampung semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang sahabat baik ku di alam persekolahan. Alhamdulillah.. majlisnya berjalan dengan lancar. Tahniah sahabatku (wan nur azira dan mohd badrul). semoga kalian kekal bahagia hingga ke syurga.. amin. aku bermalam semalaman di rumah sahabatku.. menghabiskan masa bersama-sama sehari sebelum dia menjalankan tugas sebagai seorang isteri serta mengotakan janji kami semasa di alam persekolahan dahulu.. untuk saling membantu di majlis perkahwinan masing-masing. melihat kemeriahan majlisnya, terdetik di hatiku satu perasaan yang mana mendorong aku menuju ke arah itu.. hehe..

Aku balik ke USM 18/7/2011.. untuk menyambung tugasan yang tergendala.. siapkan laporan praktikal sebelum kami mengangkat kaki menamatkan latihan praktikum kami..pada pagi 19(selasa) ada mesyuarat ringkas dengan pihak JKKK dan kumpulan praktikal aku tentang penghantaran laporan praktikal kepada pihak tertentu serta sedikit tentang aktivi berBBQ pada 22hb ni (jumaat malam). aktiviti berBBQ tu, konon2 sempena perpisahan kami.. bagusnya bos aku.. baik2, rajin.. dan yg paling penting sangt bermurah hati. lebih2 lagi, en. Zaini, yang bawa kami ke dusunnya yg terletak di alor star.. haaaaa...masa pergi dusun tu pun, ada peristiwa yang tidak mungkin dapat aku lupakan. jeng3.. biarlah rahsia. panjang sangat kisahnya.. malas nak menaip. huhu...

Minggu ni, adalah minggu terakhir aku di USM. lepas dah hantar laporan praktikal pada waktu BBQ nanti, kami bolehlah angkat kaki (menamatkan praktikal) dengan senang hati.. ikutkan hati, nak je balik sabtu depan... tapi, aku ada komitmen lain.hari ahad nak jmpa kawan bisnes.. perlu jumpa, sebab hari tu, adalah hari terakhir untuk aku bersua muka dengan mereka. memandankan lepas ni aku balik kg lama... dan hanya akan bersua selepas aku kembali ke USM pada semester depan. bersua dengan rakan bisnes aku bukan sahaja untuk mengeratkan lagi silaturahim kami.. tapi, untuk aku bincangkan strategi bisnes aku sepanjang aku di kampung nanti. InsyaAllah bisnes aku ini akan berjalan dengan lebih lancar.. amin.. Allah tidak akan mensia-siakan hambanya, selepas hambanya berusaha, berdoa dan bertawakal...

Isnin, 4 Julai 2011

bersawang

As Salam..
Wah! lama giler x bukak blog ni.. habis dah bersawang.. bukan setakat sawang labah-labah. Sawang ulat bulu pun ada! huhuhuhu.. Entah, mood untuk menulis pada blog sebenarnya kurang. Apa yang ditulis sebenarnya adalah ikut pada mood. walaupun, sebenarnya, pada jangka masa selama hampir setengah tahun ni, saya ada buat blog baru. Pada asalnya, ingatkan dah nak terus lupakan blog ni.. tapi, sayang. sebab dh ada list blog kawan-kawan kan... Bila dah lama x godeh2 blog ni.. habis dah lupa camna nak edit templat, camna nk masukkan widget baru.. nak kena banyak baca dari blog2 org lain lah ni.. heee..harus kna rajin menggoogle. sebab nk cantikkan blog yg dah bersawang ni.. sat lagi jadi bersarang! sbb lama sgt dh x bukak.. heee... jom teman saya cantikkan blog sy.. harap2 ada hasil..