Rabu, 7 April 2010

PEMBANGUNAN KELESTARIAN DAN MEDIA

Perkataan lestari menurut kamus dewan bermaksud tidak berubah-ubah, kekal dan tetap. Pada tahun 1987, United Nation telah mengeluarkan laporan Brundland yang mentakrifkan pembangunan lestari sebagai pembangunan yang merangkumi aspek ekonomi,sosial dan alam sekitar. Pembangunan lestari bermakna pembangunan yang memberi keutamaan kepada pengurusan ekonomi, sosial dan alam sekitar untuk memastikan kelancaran proses kehidupan dan sumber alam agar dapat terus digunakan generasi masa depan. Definisi lain kelestarian jika dilihat dari konteks sosial dan ekonomi. Kelestarian sebagai komitmen petunjuk penting sesebuah negara dalam menangani isu pemanasan global, pencemaran alam sekitar dan kecekapan penggunaan tenaga dan sumber. Dengan adanya konsep pembangunan lestari ini juga telah menangkat isu kesejagatan manusia secara tidak langsung seperti kemiskinan, ketidakadilan, penindasan, pencemaran, keruntuhan etika, jurang kesihatan dan isu-isu global. Isu pembangunan alam sekitar telah mendapat perhatian seluruh negara di dunia pada hari ini termasuk Malaysia untuk mencapai pembangunan generasi yang seimbang pada masa kini. Kefahaman untuk menjaga alam sekitar memerlukan masa yang lama malah perlu dipupuk sejak zaman kanak-kanak lagi dan perlu berterusan hingga ke dewasa kerana ia memerlukan masa yang lama untuk benar-benar memahami konsep kelestarian alam sekitar itu sendiri. Manakala bagi pembangunan sosial dan ekonomi merupakan satu sistem yang menuju kearah pembangunan yang seimbang. Media memainkan peranan yang amat penting dalam membantu kerajaan serta negara dalam memastikan pembangunan kelestarian alam sekitar terus berjalan dengan lancar. Media juga berperanan dalam memaparkan isu-isu kemusnahan alam sekitar dalam pelbagai cara. Salah satu contohnya, media boleh menggunakan rangkaian media cetak seperti memaparkan isu kemusnahan alam sekitar yang member kesan negatif seperti bencana alam dengan menyiarkan berita serta isu tersebut di dalam surat khabar. Kemusnahan alam sekitar semakin menjadi isu hangat pada masa kini hingga turut dibawa dan dibincang diperingkat antarabangsa. Hal ini jelas menunjukkan tentang persoalan yang berkaitan alam sekitar sukar untuk dijawab kerana kerosakan alam sekitar berlaku dimerata tempat setiap masa. Masalah berkaitan alam sekitar ini juga sering timbul pada saban hari kerana keegoan serta penyalahgunaan kuasa dalam setiap peringkat pentadbiran. Jika media memainkan peranannya di sini dengan memaparkan perkara sebenar, besar kemungkinannya masalah yang berkaitan isu pencemaran alam sekitar dapat kita atasi atau dikurangkan. Kelestarian daripada satu skop tidak mencukupi kerana pembangunan lestari merangkumi aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial kerana sekiranya perhatian kita hanya tertumpu kepada alam sekitar konsep kelestarian tidak dapat diseimbangkan. Jesteru aspek kedua ini penting dalam menentukan hala tuju negara di masa akan datang. Berdasarkan laporan analisi dikemukakan terhadap punca dan kesan krisis ekonomi semasa yang bermula di Wall Streat, Amerika Syarikat menjangkau ke Eropah dan semakin menular ke Asia. Sebahagian penduduk dunia di negara miskin semakin paras kemiskinan semakin tertekan di bawah paras kemiskinan dan dilatari pula peperangan. Sementara rakyat di negara maju terus berkembang malah ramai sudah tersasar akibat limpahan kemewahan. Pembahagian kekayaan semakin tidak seimbang, perbalahan serantau kian membimbangkan migrasi desa ke kota berterusan. Begitu juga dengan penularan penyakit dan jenayah. Itulah sebabnya hampir seluruh komponen ekologi telah digembleng sepenuhnya, sama ada oleh si miskin yang mencari-cari sesuap nasi atau pengusaha kaya yang ghairah untuk menokok harta sehingga menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem dan itulah sebabnya banyak kawasan dan keupayaan menampung ekosisrem semakin berkurangan sehinggan tanah tidak lagi subur, atmosfera berjerebu, dan sumber air terjejas.

Ditulis oleh: Norain Binti Saleh & Norsyafinas Bt Ahmad Sukri, Universiti Sains Malaysia.