Jumaat, 12 Februari 2010

j0m MAKAN oren..~~


Anda suka makan buah oren atau minum jus oren? Kalau ya, artikel ini pasti menggembirakan anda. Oren merupakan buah yang sangat popular, mudah diperolehi, dan harganya juga tidak terlalu mahal.
Buah yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia ternyata mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan pencegahan penyakit. Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal. Malah, khasiat yang terkandung di dalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.

Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Sebiji oren segar bersaiz sederhana cuma mengandung 60 – 80 kcal kalori.

Walaupun oren mengandungi karbohidrat, tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, dan sukrosa. Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan. Serat makanan ini akan mengikat khasiat-khasiat yang larut di dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.

Ini bermakna ia akan membuatkan perut terasa kenyang lebih lama. Dengan mengambil sebiji oren bersaiz sederhana dalam diet harian, anda memperolehi serat makanan kira-kira 30g. Jumlah ini sudah mencukupi keperluan harian tubuh badan (jumlah yang disarankan ialah sekitar 25 g sehari).

Antioksidan yang sangat baik
Vitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.

Vitamin C juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia. Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.

Secara signifikan, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian memang telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.

Tingkat pengambilan makanan dengan kandungan folat yang tinggi, seperti oren segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar folat. Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar ‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.

Vitamin C dalam buah- buahan, termasuk oren secara ilmiah juga boleh dijelaskan peranan positifnya dalam memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser. Oren merupakan salah satu buah yang memiliki ejen perlindungan terhadap kanser yang tinggi. Malah ia lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.

Untuk memelihara kesihatan dan menjaga keperluan vitamin C dalam tubuh badan, anda disarankan supaya mengambil vitamin C sebanyak 30 – 100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren pada setiap hari jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja.

Kulit pun cantik
Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.

~~ KEHIDUPAN JIN ~~

      Jin ialah segala makhluk halus yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya panjang sehingga boleh mencecah beribu-ribu tahun. Alam kediaman Jin ialah lautan, daratan, udara dan "Alam Mithal" iatu suatu alam yang di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika ditakdir diberi oleh Allah S.W.T kepada kita melihatnya, jika jarum yang jatuh dari atas tidak jatuh di atas bumi tetapi hanya jatuh di atas belakang-belakang mereka.
       Jin bergerak melebihi cepat gerak cahaya dalam satu saat.Jumlah Jin juga sangat banyak, mungkin tidak terbilang untuk kita mengiranya. Menurut sumber yang saya dapat, jumlah Jin iaitu seluruh manusia daripada nabi Adam sehingga kiamat  'x' haiwan-haiwan 'x' batu-batu 'x' pasir-pasir dalan bumi dab tumbuh-tumbuhan ini adalah hanya 1/10 daripada jumlah keseluruhan Jin. Manakala, jumlah keseluruhan Jin adlah 1/10 daripada jumlah keseluruhan malaikat. DAN, jumlah keseluruhan malaikat hanya Allah S.W.T dan Rasul-Nya sahaja yang mengetahui. Jadi, dapatkah anda semua bayangkan berapa jumlah sebenar Jin yang berada di sekeliling kita? bayangkan bagaimana jikalau kitya dapat melihat Jin-jin tersebut? sebenarnya ruang yang kecil itu pun boleh dipenuhi oleh berjuata-juta Jin, dan rupa Jin ada dalam pelbagai.
      Jin yang kekal dalam kafir dan Jin Islam tapi fasiq mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Berbeza dengan Jin Islam yang mengamalkan tuntutan Allah, mempunyai rupa yang bersih. Bentuk-bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, dan ada yang terlalu tinggi. Begitu juga dengan warna, ada bermacam-macam warna putih, merah, biru, hitam dan sebagainya. Jin Islam yang paling tinggi solehnya, paling baik amalannya dan paling luas ilmunya sebenarnya masih ada lagi pada dirinya sifat-sifat mazmumah. Sifat-sifat mazmumah tersebut seperti takbur, ria', ujub dan sebagainya. namun begitu, ia mudah menerima teguran dan pengajaran.


*** ini sahaja dlu artikel mengenai Jin.. sumber yang saya dapat mengenai Jin ini adlah dari apa yang sy ketahui dlm kelas yang saya ikuti sem ini.