Isnin, 27 Februari 2012

satu PARADIGMA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. 
terima kasih Allah, kerana memberikan hambaMu ini peluang untuk menyedari kesilapan diri. 
terima kasih Allah, kerana memberika hambaMu ini untuk mengenali insan-insan hebat. yang tidak loket untuk menolong insan-insan lain.

hmmm, yup! setiap orang itu berpotensi untuk mengubah kehidupan mereka.. sama ada mereka ingin merubah kehidupan ke arah yang baik atau ke arah lebih buruk. semua itu atas pilihan seseorang individu tersebut. setiap individu itu juga mempunyai peluang di mana peluang itu hadir mungkin tanpa disedari. atau peluang itu hadir tanpa disangka-sangka.. 

setiap individu itu juga mempunyai kelebihan atau kekuatan diri yang boleh mereka guna kelebihan diri mereka untuk membaiki kehidupan mereka. sama ada dari segi kecantikan, sotf skil, dan sebagainya. cuma, kita perlu pandai mencari dan mengguna kelebihan kita. walau dalam apa-apa bidang yang kita ceburi.

kita perlu buang enam M iaitu enam sikap yang pastinya akan merugikan kita, iaitu sikap malu yang tidak pada tempatnya, sikap malas untuk lebih berusaha, sikap manja yang membinasakan diri, sikap marah yang terburu-buru, sikap menyalahkan kepada sesuatu dan yang paling terakhir sikap menyombong untuk tidak bertanya dan mengambil ilmu.

apa salahnya, jika kita merendah diri, bertanya kepada yang pakar dan mahir.. untuk mendapat ilmu yang lebih. apa salahnya jika kita buang sikap malas kita, untuk kita lebih berusaha. lagi pula semua pengorbanan yang kita lakukan itu adalah demi masa depan kita sendiri. kita perlu ingat bahawa, Allah tidak akan merubah kehidupan kita melainkan kita berusaha untuk merubahnya. bukan sahaja berusaha, kita perlu juga berdoa secara beristiqamah atau berterusan.. tanam niat yang betul, dan jangan mudah berputus asa.

hmmm.. kite pernah mempunyai peluang hebat, sangat hebat peluang ini.. namun, pada masa itu kita tidak pandai menggunakan peluang yang sedia hebat ini.. alangkan ruginya.. kerana mmebiarkan peluang itu pergi begitu sahaja.. namun, suatu hari, diri ini sedar. dan ingin menggapai balik akan peluang yang sedia ada itu. Alhadmulillah, kite masih lagi diberi kesempatan untuk mulakan balik perjuangan kite itu. masih ada lagi yang sudi membantu. Alhamdulillah.. kita haru sedar, bahawa walau apa pekerjaan pun, buat secara berjemaah lebih baik daripada membuat seorang diri. misal kata, waima kita membuka perniagaan.. perniagaan yang ada itu memerlukan kakitangan untuk dimajukan. siapakan kakitangan itu? tentunta pekerja kita yang akan dibayar gaji. jadi, mencapai maksud asal.. perlu berjemaah. sama ada dengan rakan bisnes atau pekerja atau dengan kawan dan sahabat kita,,

pendek kata, kite tidak akan lagi memandang peluang ini sebagai peluang yang sia-sia.. lambat atau cepat, kite YAKIN, kite pasti akan berjaya menjadi seorang yang kaya raya.. aminn.. InsyaAllah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan