Khamis, 23 Februari 2012

PENAT

Assalamualaikum..

dah lama tak joging.. dua hari lepas kite pi joging. joging dua round je kot! hhuhuhuu.. tu pun sambil jalan-jalan gak! tapi kaki ni rasa lenguh cam joging 20 round! huhu.. (y0uuu... over sangat! ) mungkin sebab kite sambung buat senaman cycling kt dalam bilik kot.

lepas tu, dua hari ni kite bergerak aktif. balik bilik untuk tidur je. sampai x sempat nak online sangat. ni baru nak log in facebook selepas satu hari. percayalah! ngee.. (baru satu hari)
semalam kita balik bilik kul 1.30, sampai bilik p basuh muka.. buat lagak berani. dalam hati macam taknak gosok gigi je. nak basuh muka cepat2.. penakut mak ai.. xyah cakap la. kesian sebab xde rumet kan. kena la p tandas sorang2.. lepas p tandas terus tarik selimut, time jam kul 6.30 pagi dan mesej sailormoon, minta kejut pukul 6.30 pagi. al-maklumlah, kite kalau dapat tidur dan masa tu hari penat sedunia, memang boleh tak sedar tidur. selalu kena marah dengan sailorm0on.. (mesti pelik kan, kenapa sailormoon.. sape dia?)

pagi tadi berjaya bangun pukul 6.30 dan terus pergi bilik air. tapi kite ni jenis lambat.. mandi pun lama, jadi tetap lambat jugak la seminit dua. janji nak turun pukul 7.30pagi, turun pukul 7.35pagi. mar lak jenis punctual.. so, dia jerit2 nama kite tadi.. hee.. bilik kitorang dekat. then berjaya berkumpul di padang kawad jam 7.43 pagi. sampai cepat sebab naik motosikal.. pukul 8.20 pagi bertolak ke Kompleks Tabung Haji, Bayan Baru untuk menhadiri seminar Dasar Warga Emas dan Pelan Tindakan Warga Emas (PTWEN).
majlis bersurai jam 1.00 tengahari. yang paling best, majlis ni ada tiga kali makan.. sarapan, minum pagi dan makan tengahari.. sekarang dah pukul 5.56 petang, perut kite dah lapar balik.. roti, roti, roti.. mana kau, tuan kau nak makan kau.. hahaha..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan