Selasa, 22 Mei 2012

Keistimewaan bulan Rejab

Assalamualaikum.. 


Memandangkan esok 22 Mei 2012 Masihi, bersamaan 1 Rejab 1433 Hijrah kite rasa nak berkongsi manfaat/ kebaikan bulan Rejab pada kome malam ni.. kite google keistimewaan bulan Rejab ni td, dan terjumpa di salah satu blog..

jom  kite sama2 tengok apakah fadhilat2 nya.. 
Basmallah dulu kawan2.. (sebab nk tuntut ilmu kan)
.
.
.
.
.
.
.

  • Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi. 
  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya. 
  • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka, 
  • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal. 
  • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur. 
  • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya. 
  • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya. 
  • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya. 
  • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga. 
  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim. 
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun. 
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun. 
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun. 
  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. 
  • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam. 
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya. 

kelebihan2 lain 

  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim. 
  • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. 
  • Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji. 
  • Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 
  • Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. 
  • Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. 

Lagi kelebihan lain bulan Rejab: 

  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali. 
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. 
  • Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 
  • Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. 
  • Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. 
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. 
  • Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. 
  • Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. 


Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun 
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir 
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat 
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya 
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. 

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

  • Israk dan Mikraj (27 Rejab) 
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj) 
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah. 
  • Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT: 

                   "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil  Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." 
(Surah Al Israa': 1) 



DOA BULAN REJAB: 


  • "Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah." 
  • Istighfar paling baik dalam bulan Rejab: 

Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya." 

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya. 

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya. 


Sabda nabi: 

"sampaikan dariku walaupun satu ayat"


"SELAMAT BERAMAL"

sekian,
coretan yang akan menjadi sebahagian kenangan dalam hidup
 

Ahad, 20 Mei 2012

Tarikh2 dalam bulan Islam :)

Assalamualaikum..

Apa khabar kawan2 semua? harap2 semua sihat walafiat.. aminn..
Xde apa, kite just nak share pengetahuan baru kt korang semua. 
Apa tu? 
Tarikh2 dalam bulan Islam.. sila lah tengok.
semoga bermanfaat..
^_^

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat. 

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

Selain tu, jika bulan Islam pulak hanya bulan Muharram sahaj yang dilarang dari melakukan sebarang kerja2 pernikahan sebab bulan Muharram adalah bulan kesedihan.


sekian, 
coretan yang menjadi sebahagian kenangan dalam hidup.

Jumaat, 18 Mei 2012

ikut model p photoshoot

Assalamualaikum..

Kite dah lama janji dengan seorang kawan kite ni, yang kite nak p teman dia photoshoot. tapi, tiap hari kejadian, ada je aral yang menghalang kite untuk menemaninya.. so, petang tadi kite teman dia p shoot kat Taman Bunga. 

Ok, hampir 3 tahun duk kt USM ni, sekali pun kite xpernah sampai kat Taman Bunga ni.. Taman Belia pun baru je p 2,3 hari yang lepas. Tu pun, kekanda Yusnaily yang membawa rombingan. Kalau idak, xdenyer kami nak sampai ye. P kat Taman Belia haritu adalah bertujuan untuk hiking. best kot! Lain kali nk p lagi.... 

Back to title.. Ok, segan.. kite segan sangat nak teman kawan kite tu. yelah, dia sangat hot dengan bajunya yang lawa,  dan dengan mekapnya yang sangat cantik.. duk tengah teman2 tu. cik abang photograper tu du offer nak ambil gambar kite.. hee.. nak tapi malu! itulah ungkapan yang sesuai dengan diri kite petang tadi! 

kite nak dishoot konon ala-ala model gtew kan.. tappi kite malu sebab kite x pandai. badan pun keras kemaatu macam anak patung. serious!! 
but, this is my experience.. 

sekian, 
coretan yang akan mejadi sebahagian dalam kenangan hidup.. 

Isnin, 14 Mei 2012

hebatnya perancangan kita.. tapi..

Assalamualaikum..

Jiwa bagaikan kosong, hati bagaikan tiada perasaan..
Entah, kite rasa waktu ni.. blurr kite memang tahap gaban..
awok2 semua mesti fikir kite tiada perasaan sebab cinta kan. tidak la awok2..

point kite nak cakap malam ni.. hebatnya perancangan kite.. hebat lagi perancangan Allah..

sekian, coretan yang akan menjadi sebahagian kenangan dalam hidup..

semakin sayang!

Assalamualaikum.
nak cakap satu ayat je.

"aku semakin sayang dia"

ye... cik farah semakin syg dia...

sekian~

Selasa, 8 Mei 2012

bau buah kerdas menusuk kalbuku dan rumet~

Assalamualaikum~

kuatnya la hai buah ini berbau. habis seluruh bilik kite. Namun apabila terkenangkan kelazatannya apabila dicecah dengan budu kite dan rumet pedulikan bau yang menyengnyarakan hidung kami sekarang ini.. ok sat..sat!! kite nak ambil plastik dan ikat buah ini kemas2.. haaa.. lega, bau itu dah hilang! :) :)

petang tadi, mar datang bilik.. bagi buah ini. katanya buah tangan daripada p.cik ramli.. haha.. p.cik2x.. tau lah p.cik baru pulang dari kampung. kot ye pun.. bawak lah buah tangan yang lai.. hadoi3x.. 

tapi, bak kata pak cik ramli, rezeki jangan ditolak. nakal sungguh la p.cik tu. dia bahagi pulak buah ini kepada kami tiga sekawan.. kite, mar dan huda.. gelagat macam anak2 muda yang nakal.. kelakar+ poyo.. :) 

sekian,
coretan yang akan menjadi sebahagian kenangan dalam hidup..