Cuti semester yang lepas, kita menghadiri satu program
PERMATA (Persatuan Mahasiswa/I Terengganu), anjuran oleh PERMATA induk, bersama
Yayasan Terenggganu dan APMT (Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu)
mewakili PERMATA USM. Kite dan kawan kite lg seorang Emmalina je yang senior.
Yang lain junior. Lebih kurang 20 orang ahli PERMATA USM mengikuti program ni.
Dan sebenarnya, program ini telah menggabungkan ahli-ahli PERMATA daripada
seluruh IPTA/IPTS dari seluruh negara Malaysia. Antara IPT yang hantar wakil
selain USM adalah UPSI, UNIMAP, UUM, UPM, UKM, UNIMAS, UTM dan IPG Kota Bharu.
Kagum sebentar, sebab ada jugak wakil daripada IPG. Program sebelum ini tiada
wakil daripada IPG.
Keseluruhan ahli yang mengikuti program ini kalau kite tak
salah adalah seramai 293 orang dan IPT yang menghantar paling ramai wakil untuk
menghadiri program ini dimenangi oleh UPSI iaitu seramai lebih kurang 50 orang.
Paling sedikit adalah UNIMAS, iaitu seorang. Kesian dia kan. Mungkin yang lain
tak balik cuti semester ni.. macam kawn kite yang belajar di UMS, Cik pUan Zilja tak pernah
balik semenanjung kalau cuti sekejap ni.. tambah2 lagi cuti semester ni dia bz
dgn FYP beliau.
K lah, kite nak cte aktiviti kite sepnjg 3 hari 2 malam di
Bukit Gambang Resort & City. Bermula 20 Jan hingga 22 Jan 2012. Program
PERMATA pada kali ini diberi tajuk besar, MAHASISWA PERMATA NEGARA. Program ini
mendedahkan kepada mahsiswa/I bahawa kami adalah merupakan permata negara yang
sangat bernilai. Kami bernilai kerana kami adalah warisan yang bakal menjadi
pemimpin negara pada masa akan datang. Jadi program ini memberikan kami sedikit
sebanyak pengetahuan dan pemikiran tentang letak duduk keadaan negara kita pada
masa sekarang ini dari segi keadaan sosial, ekonomi dan politik. Ye, bagi kite,
sedikit sebanyak kite perlu mengikuti perkembangan politik negara kerana ianya
akan mencorak bagaimana perkembangan sosial dan ekonomi negara pada masa akan
datang. Dan kite sebagai mahasiswa sekaligus sebagai rakyat negara Malaysia
perlu menitik berat soal itu. Hanya, bagaimana kita melayani kerenah politik
ini. bagi kite, tidaklah perlu terlalu taksub, yang penting kita harus
mengambil endah dengan memahaminya. Maksud kite, dengan cara memahami
perjalanan mana-mana parti politik yang ada dalam negara kite ini. dan
keputusan untuk memilih ada di dalam tangan kite, dan ianya mungkin adalah
menjadi salah satu rahsia peribadi seseorang itu. Haaa, dah berceloteh panjang.
Kome2 sekelian faham ke x apa yang kite celoteh ni? Uhuuuu… pape hal, komen kt
entry bawah eh.. ^_^
Jom tengok apa aktiviti kite kat sana.. (TEEERRJAHHH)
Hari 1st :
-
Bertolak dari Kuala Terengganu bersma BIhah (my
junior) pd jam 9.30 pg dan smpi lebih kurang jam 3 ptg. Aduyai, penat kot naik
bas lelama… (mcm x nah naik bas lg lma kan.. :p )
-
Check in apartmen bernombor D1-S1-20 dengan
Bihah, Mija, Ema dan Akmal (Mber baru dr UKM). Apartmen ni besar dan agak
cantik. Dia ada satu ruang tamu yang sederhana, dan 2 buah bilik yang
dilengkapi dengan tandas dan bilik air. Agak selesa. Apa yang best, katil dia
sangat besar. Dan kami tido satu katil seorang. Kite sebilik dengan Bihah..
perkara pertama bila dpt masuk apartment ni, kite amik gambar dari setiap
sudut. Hehehe.. nape ntah, tu dh jd cm tebiat kt bila masuk bilik mana2 resort
atau hotel.
-
Borak2 dan bergelak ketawa bersama kwn2, tup2 dh
pun smpi kt dewan..err, lpa nk catat apa nma dewan tu. Heee.. :-S/ yang penting
kami smpi kat dewan tu lebih kurang pukul 4.15 ptg kerana majlis bermula pada
jam 4.30 ptg. Ucapan daripada Pengarah APMT (En A.Latiff bin Awang ). Dalam
ucapan dia kata yang bajet program ni 95% adalah dikeluarkan oleh APMT namun,
aturcara program akan dekendalikan oleh PERMATA induk kerana ia ingin melihat
sejauh mana graduasi mahasiswa mampu mengelola satu program yang agak besar
ini. hal ini demikian kerana, program ini akan dihadiri oleh Menteri Besar
Terengganu (Dato’ Abdul Said Bin Mohd).
-
Selepas bersurai lebih kurang jam 6.00ptg kami
diminta untuk memasuki dewan pada jam 8.00mlm. Al-maklum lah, datang awal,
pastinya ada setting apa2 yang masih ingin dibaiki atau dilihat oleh urusetia
program. Sedang asyik duk lihat urusetia membaiki setting tersebut, kite
melihat satu susuk tubuh dan rupa yang seperti pernah dilihat. Mcm abg kwn
kite.. kite pun terus la sms kpd kwn kite si A tu untuk bgitau kepdanya. Si A
tu pulak ckp nk tya abg dia berada kt mna sekrg. Sedang msa tu, mata kita msih
lg terpacak ke arah susuk tubuh tersebut dan kite melihat beliau mengangkat
fon. Namun, kite masih lagi was-was. Mna la tau kot itu satu kebetulan sahja.
Kwn kite si A tu pula main2 kan kite.. yang tu bkn abg dia, tp mungkin pelanduk
dua serupa. Tp akhirnya dia mengaku jugk yg itu abg dia.. kurang asam gelugor
betulla si A ni. Kita tya dia, sbb xnk la nanti kot2 la abg dia lalu depn kite
buatnya dia tegur atau senyum kt kite nnti kite x cam dia, dikata sombong
pulak.. hee.. itu je.
-
Pukul 9.00 malam perasmian program dilaksanakan
oleh pengarah APMT (Tuan Haji Roshali
Bin Taha)
Hari 2nd :
-
Kite bangun tido jam 6.30 pagi, tapi masalahnya
xtau nak mandi bilik air mna. Bilik air kat bilik kita hilter dia rosak. Sejuk
amat kot lau nak mandi mcm tu pagi2 buta.. eeeii, sejuk sgt!. Tp, nk buat cmne
kn, xde pilihan lain, kite mndi jgk sejuk2 pun.. sbb nak kejar masa. Bilik air
lagi satu ada org guna… teringat pulak kisah sebelum tido semlm. Kami nonton Tv
sambil sembang2 dan makan2.. lepas makan tu, Mieja bangun dn berjoging. Dia ckp
dia rsa dh mkn byk dan kna jogging utk keluarkn peluh. Msa tu kite dan bihah
dah masuk bilik tidur tp sengaja xmo tutp pintu bilik. Mieja masuk dlm bilik
tdur kami dan dia ajak kite jogging sma. Dia cakap kite dh makin besar aka
gemok aka montel aka berisi plus2… L
Kena la ngaku sebab mmg dh montel g ___ babas sekrg ni.. chubby gurl! :p
-
Siap2 turun sarapan dlm jam 7.30 pagi. Menu yg
kite amik adlh nasi goreng+sambal kerang, chicken slice+ kacang panggang, nasi
air, kuih, jus oren dan jus jambu. Manyak mukan? Huahuha…
-
Lebih kurang jam 8.30 ptg, ada ceramah
keselamatan negara yang disampaikan oleh DSP Mohd Hairuddin Hamid. DSP ni duk
cerita sal pendesak2 dan militat yang ada dalam masyarakat kita. Bukan sahaja
dalam negara ni, tapi turut ada pada negara lain. Ntah, kite macam kurang fahm
sagt sebenarnya tentang militant dan pendesak ni. Nak kena khatam mana2 buku
yang menceritakannya. Harus cari ni.. untuk sebagai pengetahuan am. Nanti nak
cerita kat cucu cicit. Hehehe.. dalam ceramah ni DSP duk tunjuk gambar2 ngeri
mangsa-mangsa yang mati akibat di bom atau dibunuh oleh kumpulan pengganas ni.
Ada yang terjojol biji mata, tertanggal kaki, terkeluar otak, semua ada lah.
Yang kejamnya, bayi dibom pun ada.. Nauzubillah.. minta dijauhkan kepada kita
meninggal dalam keadaan yang mengerikan seperti itu. Ameeenn..
-
Ceramah ni tamat lebih kurang pada jam 10.45
pgi. Dan waktu ni kami dikhabarkan dengan satu berita gembira oleh penolong
pengarah APMT. Semua peserta program MAHASISWA PERMATA NEGARA dibenarkan untuk
mandi-manda di Gambang Waterpack dan ditaja sepenuhnya oleh APMT. Terima kasih
APMT. Akan tetapi pukul 2.30 ptg, kami semua harus berada di dalam dewan untuk
program yang seterusnya.
-
Para peserta program bangun beramai-ramai
setelah engerusi majlis mengumumkan kedatangan MB Terengganu lebih kurang pada
jam 3.30 ptg. Petikan kata-kata beliau yang sempat diambil oleh kite ialah “
lansdkap sosial akan berubah bila Melayu mendapat pendidikan yang tinggi.” Ini
menunjukkan bahawa, pendidikan seorang Melayu itu sagt penting dan ianya adalah
merujuk kepada kami semua.
-
Jam 9.15 malam, program diteruskan lagi dengan
forum atau diskusi. Ahli panel yang terlibat adalah Tuan Hj Md Zubir bin Embong
daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Prof. Dr.Yahaya bin Ibrahim (TNC HEP& ALUMNI UMT) dan
Ustaz Kamarudin bin Omar (Penasihat agama Pejabat MB). Manakala moderator
diskusi ini adalah penolong pengarah APMT yang disayangi sendiri. Iaitu En A.
Latiff Awang.
-
Diskusi tamat lebih kurang jam 12.00 tgh malam
dan selepas supper kami sibuk bergambar
sebelum balik ke apartment lebih kurang jam 1.00 pagi.
Hari 3rd :
-
Seperti semalam, kami bangun lebih kurang jam
6.30 pagi dan keluar sarapan lebih kurang pada jam 7.30 pagi. Kite dh lupa apa
menu kita pada pagi ni.yang pasti, kite makan banyak dan kami masuk dewan lebih
kurang jam 8.30 pagi. Menghabiskan masa satu jam di meja makan.. sooo.. ngee
-
Lebih kurang jam 8.45 pagi, tetamu jemputan
iaitu Dato’ Nasir , penceramah bebas yang berasal dari Johor ini telah
menyampaikan ceramah yang berjudul 1Malaysia. Dato’ sangat bersemangat
menyampaikan ceramah dan kami have fun bila menyanyikan lagu 1Malaysia dengan
mengikut lirik yang disediakan.
-
Perasmian penutup dilaksanakan oleh pengarah
Yayasan Terengganu iaitu En Zakaria bin Yusof. Kami bersurai lebih kurang jam
12.00 tengahari. Kami perlu check out pada jam 1.00 ptg. Sebelum balik
apartment kami menjamu selera hidangan terakhir dari sini sebelum pulang. Iaitu
makan tengahri. Balik kebilik tiada apa yang perlu dikemas kerana kite dah siap
kemas barang pagi tadi. Yang penting adalah jangan lupa semak kembali barang2
takut ada yang terlupa dibawa masuk di dalam bag. Sedang asyik2 semak barang2 kt sna sini,
dengan suara menjerit, “berus gigi sape tertinggal dalam bilik air niiiiiii”
Tengokk.. kan betul.. nasib double check kalau x, dah tertinggal berus gigi.
Kuang3. . . .
-
Naik bas menuju ke Kuala Berang lebih kurang
pukul 2.00 ptg. Kite naik bas ke Kuala Berang sebab kite nak pergi rumah kwn
kite.. jom tgk entry selepas ini.. hehehe..
p/s : best p gambang sebab baru lepas exam kan.. dapat
percutian free.. hihi. Aktiviti seterusnya, si chubby menjadi pengapit!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan