Selasa, 31 Januari 2012

berkampung di hiliran, KT

Assalamualaikum. . . 
Olla papita ..

pejam celik - pejam celik, dah 19 hari kite balik kampung, dan dah banyak benda yang kite lakukan dalam tempoh 19 hari ini. cuma x sempat nak update je.. (lagak macam orang penting) huahuahuaha.. x kesah la..

kelmarin, 29 feb 2012 (Ahad) kite datang berkampung di hiliran, di rumah mak saudara kesayangan. Akceli kite agak berat hati nak meninggalkan ma dan adik kte di Besut untuk datang berkampung di sini selama seminggu. namun, kite juga merindui famili kite di sini.. ada juga sebab lain mengapa kite perlu datang di sini, sebabnya.. minggu depan 3 Mac 2012 (Jumaat) kite dan famili kite (sebelah ayah) nak p Cameron Highland. family day di sana selama 2 hari satu malam. sepupu kesayangan zaza chombee dah pun tempah 2 biji apartmen di Tanah Rata, Cameron. angah, adik kesayangan kite dah pun bayar deposit untuk sewa kereta selama 2 hari. mak sedara dgn kazen kita (k.nab) dh pun rancang menu masakan utk di makn bersama. (ikan aya singgang + ulam + budu) terasa seperti meriah! woaaha.. kite dh x sabar nak menunggu weekend ini!

Sabtu, 14 Januari 2012

2.55 A.M , 13 January 2012


Assalamualaikum~

Haaa.. tentu korang pelik tentang apa yang ada dengan waktu itu kan? Heee.. jeng..jeng..jeng!! adakah waktu itu adalah masa kite dilamar oleh ehem2 kita? Adakah itu masa kita nak beeeeeeeee…hahaha.. xde lah. Tu masa kite sampai kt bandar kampung kite..  hihi.. syok giler bila kalendan bas tu laung “Jerteh!! Jerteh!! .. Jerteh!!.” Masa tu kite tengah tidur. Biasa kalau dah sampai kat kawasan Pasir Puteh, kita dah sedar dan dah susah nak tido. Tapi malam tu x sedar pulak. Terasa macam bas tu bergerak laju dari Pulau Pinang – Jerteh. 
Kite x sempat nak lipat baju sejuk kite.. nasib kite duk di kerusi yang agak depan. No. C3. Kite terus keluar selepas meletakkan bantal bucuk kite dalam beg. Sampai kat bawah, kite terus keluarkan beg kite dari dalam perut bas. Nampak drebar bas yang kerek.. huhu. Sebab ape kita panggil dia kerek? Padahal, dah memang salah kite jugak. Mengada-ngada dan macam tak menyempat je.. masa tinggal lagi 10 minit ke pukul 9 malam. Tekak kite daripada jam 8.15 malam tadi terasa nak minum teh ais yang lemak2 manis tu.. aduuuhh, sedapnya. Memang jadi tebiat. Dah ketagih agaknya nak minum the ais. If x dpat minum dalam sehari mmg kita rasa cam x best! Mengada kan..  then. Kite pun minta kebenaran daripada pak cik drebar nak p beli the ais kat kantin atas stesen bas ni. Pak cik tu dah warning awal2.. “cepat sikit!” nada dia kedengaran begitu tegas sebenarnya..  kite pun berlari-lari menuju ke kantin dan dengan segera order the ais. Abg mat (mat= mamak J ) tu pun membuat air dengan cepat! 
Siap sedia nak berlari anak menuju ke bas, kedengaran hon bas. Dalam hati “bas aku ke? “ hhuhuk2.. “siaplah aku, mesti kna nnti, dh la bawak air macam ni” hati kite bermonolog lagi..
Kite naik bas selepas melambai-lambai ke arah pakcik dandan (classmate kite yang veteran). Apelah yang drebas bas tu fikir, adakah dia fikir pak cik Dandan tu ayah saudara saya? Atuk saya? Atau ehem2 saya? Hahaha…. Apa-apa je lah wahai pak cik drebar bas. Janji saya selamat sampai ke kampung halaman. Naik saja tangga pertama, “ tu tumpah air tu” pak cik drebar bas mengeluarkan suara. Kite buat tidak tau je.. sebab dah tau memang kita x sepatutnya naik bas bersama air yang dibungkus. Nasib orang dalam bas tidak berapa ramai, sebab bas tidak penuh. Haaihhs, nasib badan Farah Syuhada pada malam itu!
Ok, dah.. sekarang dah sampai jerteh (senyum sampai telinga) kite call pak saudara kite.. pak saudara kite mesti tengah on the way tu.. hihi.. kite keluarkan barang-barang dalam bas kite.. dalam perut bas. Dalam hati. “Alhamdulillah, aku selamat sampai ke kampung halaman! Terima kasih Allah.. “

Khamis, 12 Januari 2012

Baucar Buku 1Malaysia II


Assalamualaikum...

Semalam tengah pening dengan nilai sebenar baucer buku 1Malaysia kan.. tapi hari ini baru sahaja lebih kurang 30minit yang lepas, aku dah pun pergi mengambil baucer tersebut di DK I Kompleks Cahaya, USM. Gumbiranya hati.. lalalalalalalala..

Baucar Buku 1Malaysia


Assalamualaikum~

Peninglah cik Rah.. Pelajar IPTA dapat baucar Buku 1Malaysia ni RM 200 atau hanya Rm 50? tak kisah pun dapat berapa.. Rezeki yang dapat, bukan yang diminta.. Jika betul pelajar USM dapat RM 200, syukur Alhamdulillah.. Jika dapat RM 50 pun juga bersyukur..Aminn..

makan atas pokok + berouting di tengah malam


Assalamualaikum..
Ahhaaaii,,, mengantuknya, sebab baru je sampai bilik. >menguap< pastu terus on laptop sebab rindu nak membebel di blog ini.

Tadi kita pergi makan dengan sayang2 kita kat Nurul Ikan Bakar.. makan nasi goreng seafood dengan air kesukaan (Teh Ais). First time pergi sana, tu pun , yayang juju dah janji dengan kita nak bawa kita pergi makan atas pokok (kedai Nurul Ikan Bakar). Korang mesti dah pelik kan, macam mana la kite leh makan atas pokok tu.. bergayut ka, bertonggeng ka, bercongkoh ka.. huahua2.. ngarot2!! Akceli, yayang juju panggil makan atas pokok sebab kedai tu ada buat macam pondok. pastu kena naik tangga tinggi then makan bersila, macam rumah kayu yang tinggi la.. macam rumah orang dulu-dulu tu... mesti korang pernah tengok kan? haa, ingat x.. ingat x? if x pernah tengok dengan real pun mesti pernah tengok dalam gambar kan.. (gmbr ada amik, tp gambr berangan kite dgn yayang mar j la.. )

Kita orang keluar daripada rumah pondok or atas pokok tu pada jam lebih kurang 12.30 am. buleh bayang x punya la lama kami lepak sana dari jam 9.30 lagi kot. Hihi.. biasa lah, bila dah jumpa geng. Geng lak havoc bila berbual ni.. hihi.. masing2 banyak cite.. yayang huda je yg diam2 sikit.. cian awak ye huda.. ngee... Lepas dh keluar tu.. kemanakah kite dgn yayang semua pergi? kami berouting lagi.. di Padang Kota Lama.. view kt kawasan yang bersejarah ini sangat santek... tiba2 kita ada feeeell nak amik gambar kawin kt situ.. nanti bila ehem2 kite datang penang, kite nak mintak yayang kite teman kite dengan ehem2 jalan2 dekat situ lagi lah. sambil amik gambar pre-wedd.. hihihaa... gatai doh la ho.. :p

Kite n yayang2 kite kt sini semua suka amik gambar.. so,, kami pon berpose sakan la.. seronok! gambar tu dengan yayang mar.. yayang mar lom bagi lagi softcopy.. haritu ada gak pergi lepak dengan Ehsan n As dan amik2 gambar jugak.. t kita letak gmbr kita dengan as dan ehsan ye.. tapi masa kami pergi bertiga, masa tu hujan, so, view dia x brapa lawa macam yang kite datang malam ni...

Rabu, 11 Januari 2012

* PENING *
zwani.com myspace graphic comments
Twitter Backgrounds

Assalamualaikum~
Baru je kemas sikit barang-barang aku dah pening.. Haish, xtau nak mula kemas dari mana.. Serius la weyh.. :(
Mula-mula usik baju-bajan dalam almari, rasa xtau nak letak dalam beg mana untuk simpan baju-bajan yang tak mau bawak balik. Sebab, baju-bajan yang nak bawa balik kampung lebih banyak daripada yang nak ditinggalkan si stor.  Itu menunjukkan, banyak baju aku yang tidak dipakai. Jika tak bawa pulang sekarang, bila lagi? tapi, mampukah untuk aku nak bawa balik semua barang-barang yang tidak diperlukan itu? aduyai.. babah, tolong kak bah.. tolong ambik kak di sini, Pulau Pinang yang disayangi...

"Ok, sebagai solusi kepeningan yang melanda ini, cuba cik Rah senaraikan dulu item yang ingin dikemas mengikut susunan"  kata hati ingin memujuk aku..
     "Baiklah" Hatiku menjawab kecil..

Lantas, aku membuka catatan blog ini untuk aku senaraikan item mengikut susunan barang yang WAJIB dikemas :
  1. baju- bajan yang hendak dibawa bersama
  2. baju yang ingin ditinggalkan
  3. buku - bakan buku-buku dan sanitary
  4. stok makan minum
  5. susun katil ikut susunan asal (aku tukar posisi katil sebab sem ini bilik yang aku menginap ini adalah
      hak persendirian! kui3.. best tau tdo katil queen selepas merapatkan katil bujang.)

"Haaa... macam inilah, ada perancangan kerja. baru la ente tidak pening.." kata hati kecilku lagi.
      " lets go kemas balik" kata hati yang xnak buang masa..


Sem 5 Berakhir

Assalamualaikum w.b.t
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
( ok, penulisan post saya hari ini berbentuk agak skema sedikit )

Hari ini peperiksaan aku untuk semester 5 ini telah tamat pada jam11.00 pagi tadi.  Speechless bila dapat soalan peperiksaan untuk paper SKW 320 : Falsafah untuk Sains Sosial tepat jam 9.00 pagi bertempat dewan bawah tanah Perpustakaan Hamzah Sendut II ( PHS II ). Soalan bahagian A yang kami target langsung tidak keluar. Tak tau nak cakap apa, nak tengok kawan-kawan yang sama-sama discussion pun tidak boleh. Sebab masing-masing duk jauh. Kalau dekat pun, tidak boleh nak pandang-pandang disebabkan kami duduk satu baris. (orang exam mana boleh pandang belakang lah..)

Setelah mengecam (kita aim dulu) soalan mana yang nak jawab, dan menulis beberapa isi yang dirasakan penting, Lantas aku tanamkan konsep tawakal dalam hati. Tawakal untuk jawab tanpa mengetahui jawapan yang pasti.. Alaa, kalau sipi-sipi pun jadilah. Aku dah cukup bersyukur. Baru je nak garap IMPIAN untuk tingkatkan pointer dengan lebih TINGGI. Moga-moga harapan tidak tinggal harapan. Tapi, Farah akan tinggal Harapan. [ sebab malam esok aku nak balik kampung :D & nama hostel aku 'Desa HARAPAN' ]. Sambung balik cerita nak jawab exam tadi, selepas diumumkan oleh ketua pengawas peperiksaan, --> Dr Azeem (pensyarah 2 paper tu) aku pun jawab lah soalan nombor dua dulu dalam soalan bahagian A. Tulis laju-laju ni, laju macam orang lumba lari berpagar. Sebab? jawapan : Aku nak kejar masa.. Takut tak sempat jawab empat (4) soalan dalam masa 2jam. Banyak iler kan soalan yang aku kena jawab..

Dr Rabiatul & Dr Azeem, mana sempat kami nak jawab soalan macam tu dengan 4 soalan dengan masa hanya 2 jam. idea yang ada dalam minda kami terpaksa di tahan dan menggunakannya seterhad yang mungkin.Sebab takut jika dikeluarkan sepenuhnya, kan makin panjang pula esei jawapan kami dan yang paling penting ianya panjang disebabkan semakin merapu meroyan.. hehe.. Itulah aku yang cute kerana chubby.. sangat suka berangan.. Dalam exam pun sempat lagi nak meroyan. Ok abaikan bebelan aku itu. Sangat tidak penting..

Balik cerita asal, dengan berakhirnya peperiksaan aku pada semester lima ini, maka, tamat sudah pengajianku selama lima sem di Bumi Minden tercinta ini. sekarang ini aku tengah bersenang lenang di dalam bilik menghadap laptop sambil dengar lagu Sampai Menutup Mata nyanyian Acha. Dalam keadaan yang senang lenang ini sebenarnya, bilik aku bersepah-sepah. Mood untuk mengemas barang-barang bertukar kepada misi untuk update blog dengan cerita sensasi bebelan aku dahulu. hehehe.. motif sangat kannn???


Selasa, 3 Januari 2012

HSO.. HSO @_@

Bergegar kepala otak bila fikir tentang subjek ini.. adohh...
sakit kepala! bila baring sakit kepala itu hilang.. bila bangun...
mak ai,, sakit kepala itu datang! makin kuat pula tu.. nape ntah!
maybe sebab aku terlebih tido kot siang tadi.. huhu.. :(

sekarang.. sakit kepala tu dh hilang.. lepas mendegar bebelan dan kata semangat daripada mr. bucuk dan love aku.. (daddy).. haih, la.. betul la.. ayh aku kuat bebel tau.. nak2 bila sentuh bab study. siang tadi pon dia kol, msa tu dia dapat dgr suara rock aku, sbb baru bangun tido huhu.. (bagus anak dara dia ni kn)

dah farah! sakit kepala tu dh hilang,, jangan buang masa hupdate blog ni je.. tapi buang masa bercinta dengan nota-nota HSO ok! ok, gud luck exam kengkawan ku smua..

Ku Bahagia

Ahad, 1 Januari 2012

sweet 23 ^^

Assalamualaikum. .  .

Gempak x tajuk tu? hee.. sape yg dah capai umo 23 thun tu?
cik rah la tu.. hee.. YES, today im 23 years old..
sekejap je masa berlalu kn..

tepat jam 12 tengah malam tadi, di tapak pesta Penang, org ramai melaungkan selamat tahun baru dan happy new year, sambil bunga api berdentam dentum.. dalam hati aku sedih ja rasa.. sbb hasrat nk tgk bunga api atas bukit bangunan HEP USM yg lam x kesmpaian.. :(. xpelah.. janji dpt tgk bunga api gk.. even perasaan tu x sma pun sebenrnya..

tengah org duk countdown new year tu, ak ada layan sorg customer tu,, dh pangkat aunty. bla dia dengr org laung "happy new year", dia pon wish jgk kt ak.. aku jawab "happy new year aunty & happy birthday to me" entah kenapa boleh ckp kt dia yg masa tu jgk time besday aku.. hee.. mungkin sbb ak x berada di samping kwn2 aku.. hmm.. mungkin.

pastu hp ak trima mesej drp kawn2 dn c dia wish besday n new year kt ak.. salah stu msg yg ak trma dr kwn ak tu dia nk tju mesg tu kt daling ak.. tp ter send kt aku.. hee.. dh pecah rhsia, x menjd nk surprise besday ak.. hehehe..

tapi menjadi jgk.. sbb... aku dpt mkn sate dgn kek brownis. dh bpe bln kot mengidam nk makan bnda tu.. tQ daling2 ku.. (mar, huda, ju& p.lan n asriani) . aku rasa dihargai dengan concern yg diberikan oleh korang semua kpda aku.. love u all deep in my heart..

p/s : gmbr dgn mar, lom amik lg.. hee.. t bla dh amik, kmi ltk pic tu ye.. :)