Isnin, 20 September 2010

takkan hilang kenangan itu..

Tanggal 15 September 2010, saya terima satu sms dari kawan sekampung aka junior di sekolah menengah aka junior di USM. smsnya berbunyi
     "salam.. k.farah tau x lg c.mat dh xde?"  tertanya-tanya di dalam hati kecil sy.. c.mat mana? jgn lh zelin.
dengan pantas, sy membalas mesejnya,
     "c.mat mana ni?" hati berdebar-debar..
     "zelin USM"

Ya Allah.. betul ke ni?? saya terduduk di atas katil. pada ketika itu, saya sdg bersiap ke Lata Belatan untuk menghadiri reunion kawan sekolah menengah renek. adik bongsu yang kebingungan bertanya.. kenapa? setelah melihat saya terduduk.. saya kelu. tidak tahu perkataan apa yang ingin diucapkan selain rasa tidak percaya. dengan cepat, saya menukar pakaian,. berhasrat untuk menziarahi jenazah sahabat saya itu. saya rapat dengan arwah semenjak dari sek men lg. dulu, kami selalu jalan kaki bersama menuju ke tembok besar, dan menunggu bas bersama. dan kini, kami dapat stu universiti yg sama. tp, dia tua stahun drp saya. bermakna, jika diikutkan, sekarang dia berada di tahun akhir di USM ini. ibu bapa kami juga baik. dulu, ma kawan sekelas dengan ayah arwah.

saya pergi ke rumah arwah dengan adik bongsu.. pada ketika itu, hujan turun. tetapi nasib tidak lebat. sampi ke rumahnya, Ya Allah, ramainya org. nasib baik jumpa dgn k.ct, k.ifa dan k.ina.. kwn2 sekelas arwah yg dlu. saya kuatkan semangat, tabahkan hati untuk mengawal emosi. apabila menjejaki tangga pertama rumah arwah, saya tidak mampu lagi mengawal emosi.. sebak tiba2 teringat kenangan kami semasa sahur bersama sebelum balik kampung. arwah ada cakap, kalau xnak mkn skrg.. mgkin  saya x dpt lg nk mkn bersama. arwah juga ad bersungut.. yg dia x tau dapat puasa ngan sahur sma2 lg x thn dpn.. saya pun kt.. mmg la x dpt, sbb kn zelin dah xde msa tu.. dh grad. dia cuma gelak j..

pada 17 Sept. 2010, masa tu saya g ziarah kubur arwah atok. msa nk blik, tgk kubur baru. dalam hati, "ni kubur kawan aku". ma saya faham perasaan saya.. ma ajak saya baca yassin kt kubur arwah pula. saya pun duduk.. bila sedang baca yassin tu, sebenarnya, timbul lagi perasaan sayu.. dan tidak percaya "btul ke zelin dah xde??". walaupun pda ktika itu, sy sdg baca yassin dpn kubur dia.. Ya Allah, sebaknya dalam hati ini. bacaan terhenti buat seketika. cuba untuk mengambil nafas dan semangat yg baru serta meneruskan bacaan.

pada 18 Sept. 2010, bersama2 YDP Permata dan wakil Permata dari kemaman, sy pergi ke rumh arwah lg sekali.. kedatangn kami hanyalh untuk menziarahi dn memberikn sdkit sumbangan yg dikutip atas bas. setelh yg lain beransur tiada, hanya tggl kmi bbrpa org shja di laman.. ayh arwah tya "nnti mlm farah nk g dgn sape jerteh? p.cik da x boleh nk tolong hantar lg" suara dia sebak..  saya tak boleh dgr suara p.cik yg sebak. lebih2 lagi melihat muka m.cik yg sayu j.. kesiannya kat famili arwah. dah la arwah ank sulong, dn harapan keluarga. pada malamnya, jam 8.30.. ketika mnggu azan isya, tba2 telefon berdering. rupanya, ayah arwah yg telefon. dia tya " farah dah pergi ke jerteh? naik bas pkul brapa? g dgn sape? belajar elok2 ye.."  Ya Allah, sedihnya hati ini. otomatik trgt kt arwah..  smpai di jerteh, ati terasa kosong.. rindukn dia. sebab balik raya kami bertiga thn ni.. tp pulag ke USM hya berdua. nasiblah ad junior saya yg sma kg dan sama uni. dia yg menceriakan suasana.. kalau dia xde, mst sy x dpt nk kawal emosi.

sampi di USM, tgk kelendan bas tolong amik beg.. trgt kt arwah, yg slalu tolong angkt beg untuk letk dn amik dr bonet.. masih lg terasa arwah ada di muka bumi ini. saya telah cuba untuk menerima kenyataan ini. sy telah cuba untuk menguatkan semngt dan tabahkan hati ini..

 Ya Allah, Kau cucurilah rahmat kepada sahabatku ini dan
 tempatkanlah dia antara golongan orang 
 yang soleh dan beriman

   Al-Fatihah untuk arwah...