Rabu, 11 Januari 2012

Sem 5 Berakhir

Assalamualaikum w.b.t
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
( ok, penulisan post saya hari ini berbentuk agak skema sedikit )

Hari ini peperiksaan aku untuk semester 5 ini telah tamat pada jam11.00 pagi tadi.  Speechless bila dapat soalan peperiksaan untuk paper SKW 320 : Falsafah untuk Sains Sosial tepat jam 9.00 pagi bertempat dewan bawah tanah Perpustakaan Hamzah Sendut II ( PHS II ). Soalan bahagian A yang kami target langsung tidak keluar. Tak tau nak cakap apa, nak tengok kawan-kawan yang sama-sama discussion pun tidak boleh. Sebab masing-masing duk jauh. Kalau dekat pun, tidak boleh nak pandang-pandang disebabkan kami duduk satu baris. (orang exam mana boleh pandang belakang lah..)

Setelah mengecam (kita aim dulu) soalan mana yang nak jawab, dan menulis beberapa isi yang dirasakan penting, Lantas aku tanamkan konsep tawakal dalam hati. Tawakal untuk jawab tanpa mengetahui jawapan yang pasti.. Alaa, kalau sipi-sipi pun jadilah. Aku dah cukup bersyukur. Baru je nak garap IMPIAN untuk tingkatkan pointer dengan lebih TINGGI. Moga-moga harapan tidak tinggal harapan. Tapi, Farah akan tinggal Harapan. [ sebab malam esok aku nak balik kampung :D & nama hostel aku 'Desa HARAPAN' ]. Sambung balik cerita nak jawab exam tadi, selepas diumumkan oleh ketua pengawas peperiksaan, --> Dr Azeem (pensyarah 2 paper tu) aku pun jawab lah soalan nombor dua dulu dalam soalan bahagian A. Tulis laju-laju ni, laju macam orang lumba lari berpagar. Sebab? jawapan : Aku nak kejar masa.. Takut tak sempat jawab empat (4) soalan dalam masa 2jam. Banyak iler kan soalan yang aku kena jawab..

Dr Rabiatul & Dr Azeem, mana sempat kami nak jawab soalan macam tu dengan 4 soalan dengan masa hanya 2 jam. idea yang ada dalam minda kami terpaksa di tahan dan menggunakannya seterhad yang mungkin.Sebab takut jika dikeluarkan sepenuhnya, kan makin panjang pula esei jawapan kami dan yang paling penting ianya panjang disebabkan semakin merapu meroyan.. hehe.. Itulah aku yang cute kerana chubby.. sangat suka berangan.. Dalam exam pun sempat lagi nak meroyan. Ok abaikan bebelan aku itu. Sangat tidak penting..

Balik cerita asal, dengan berakhirnya peperiksaan aku pada semester lima ini, maka, tamat sudah pengajianku selama lima sem di Bumi Minden tercinta ini. sekarang ini aku tengah bersenang lenang di dalam bilik menghadap laptop sambil dengar lagu Sampai Menutup Mata nyanyian Acha. Dalam keadaan yang senang lenang ini sebenarnya, bilik aku bersepah-sepah. Mood untuk mengemas barang-barang bertukar kepada misi untuk update blog dengan cerita sensasi bebelan aku dahulu. hehehe.. motif sangat kannn???


saja, sebab nak bagi kawan-kawan classmate serta jiran-jiran di HARAPAN ini kejelesan dengan aku yang habis paper awal dan boleh balik awal.. 0k, nak kemas bilik.. k, bai. Salam

p/s : g0od Luck kepada mereka yang belum habis exam lagi.. study2.. jgn malas. :)

:: senyum itu sedekah ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan