Assalamualaikum~
Haaa.. tentu korang pelik tentang apa yang ada dengan waktu
itu kan? Heee.. jeng..jeng..jeng!! adakah waktu itu adalah masa kite dilamar
oleh ehem2 kita? Adakah itu masa kita nak beeeeeeeee…hahaha.. xde lah. Tu masa
kite sampai kt bandar kampung kite..
hihi.. syok giler bila kalendan bas tu laung “Jerteh!! Jerteh!! ..
Jerteh!!.” Masa tu kite tengah tidur. Biasa kalau dah sampai kat kawasan Pasir
Puteh, kita dah sedar dan dah susah nak tido. Tapi malam tu x sedar pulak.
Terasa macam bas tu bergerak laju dari Pulau Pinang – Jerteh.
Kite x sempat nak lipat baju sejuk kite.. nasib kite duk di
kerusi yang agak depan. No. C3. Kite terus keluar selepas meletakkan bantal
bucuk kite dalam beg. Sampai kat bawah, kite terus keluarkan beg kite dari
dalam perut bas. Nampak drebar bas yang kerek.. huhu. Sebab ape kita panggil
dia kerek? Padahal, dah memang salah kite jugak. Mengada-ngada dan macam tak
menyempat je.. masa tinggal lagi 10 minit ke pukul 9 malam. Tekak kite daripada
jam 8.15 malam tadi terasa nak minum teh ais yang lemak2 manis tu.. aduuuhh,
sedapnya. Memang jadi tebiat. Dah ketagih agaknya nak minum the ais. If x dpat
minum dalam sehari mmg kita rasa cam x best! Mengada kan.. then. Kite pun minta kebenaran daripada pak
cik drebar nak p beli the ais kat kantin atas stesen bas ni. Pak cik tu dah
warning awal2.. “cepat sikit!” nada dia kedengaran begitu tegas
sebenarnya.. kite pun berlari-lari
menuju ke kantin dan dengan segera order the ais. Abg mat (mat= mamak J ) tu pun membuat air
dengan cepat!
Siap sedia nak berlari anak menuju ke bas, kedengaran hon
bas. Dalam hati “bas aku ke? “ hhuhuk2.. “siaplah aku, mesti kna nnti, dh la
bawak air macam ni” hati kite bermonolog lagi..
Kite naik bas selepas melambai-lambai ke arah pakcik dandan
(classmate kite yang veteran). Apelah yang drebas bas tu fikir, adakah dia
fikir pak cik Dandan tu ayah saudara saya? Atuk saya? Atau ehem2 saya? Hahaha….
Apa-apa je lah wahai pak cik drebar bas. Janji saya selamat sampai ke kampung
halaman. Naik saja tangga pertama, “ tu tumpah air tu” pak cik drebar bas
mengeluarkan suara. Kite buat tidak tau je.. sebab dah tau memang kita x
sepatutnya naik bas bersama air yang dibungkus. Nasib orang dalam bas tidak
berapa ramai, sebab bas tidak penuh. Haaihhs, nasib badan Farah Syuhada pada
malam itu!
Ok, dah.. sekarang dah sampai jerteh (senyum sampai telinga)
kite call pak saudara kite.. pak saudara kite mesti tengah on the way tu..
hihi.. kite keluarkan barang-barang dalam bas kite.. dalam perut bas.
Dalam hati. “Alhamdulillah, aku selamat sampai ke kampung halaman! Terima kasih
Allah.. “
Tiada ulasan:
Catat Ulasan