Rabu, 11 Januari 2012

* PENING *
zwani.com myspace graphic comments
Twitter Backgrounds

Assalamualaikum~
Baru je kemas sikit barang-barang aku dah pening.. Haish, xtau nak mula kemas dari mana.. Serius la weyh.. :(
Mula-mula usik baju-bajan dalam almari, rasa xtau nak letak dalam beg mana untuk simpan baju-bajan yang tak mau bawak balik. Sebab, baju-bajan yang nak bawa balik kampung lebih banyak daripada yang nak ditinggalkan si stor.  Itu menunjukkan, banyak baju aku yang tidak dipakai. Jika tak bawa pulang sekarang, bila lagi? tapi, mampukah untuk aku nak bawa balik semua barang-barang yang tidak diperlukan itu? aduyai.. babah, tolong kak bah.. tolong ambik kak di sini, Pulau Pinang yang disayangi...

"Ok, sebagai solusi kepeningan yang melanda ini, cuba cik Rah senaraikan dulu item yang ingin dikemas mengikut susunan"  kata hati ingin memujuk aku..
     "Baiklah" Hatiku menjawab kecil..

Lantas, aku membuka catatan blog ini untuk aku senaraikan item mengikut susunan barang yang WAJIB dikemas :
  1. baju- bajan yang hendak dibawa bersama
  2. baju yang ingin ditinggalkan
  3. buku - bakan buku-buku dan sanitary
  4. stok makan minum
  5. susun katil ikut susunan asal (aku tukar posisi katil sebab sem ini bilik yang aku menginap ini adalah
      hak persendirian! kui3.. best tau tdo katil queen selepas merapatkan katil bujang.)

"Haaa... macam inilah, ada perancangan kerja. baru la ente tidak pening.." kata hati kecilku lagi.
      " lets go kemas balik" kata hati yang xnak buang masa..


Sem 5 Berakhir

Assalamualaikum w.b.t
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
( ok, penulisan post saya hari ini berbentuk agak skema sedikit )

Hari ini peperiksaan aku untuk semester 5 ini telah tamat pada jam11.00 pagi tadi.  Speechless bila dapat soalan peperiksaan untuk paper SKW 320 : Falsafah untuk Sains Sosial tepat jam 9.00 pagi bertempat dewan bawah tanah Perpustakaan Hamzah Sendut II ( PHS II ). Soalan bahagian A yang kami target langsung tidak keluar. Tak tau nak cakap apa, nak tengok kawan-kawan yang sama-sama discussion pun tidak boleh. Sebab masing-masing duk jauh. Kalau dekat pun, tidak boleh nak pandang-pandang disebabkan kami duduk satu baris. (orang exam mana boleh pandang belakang lah..)

Setelah mengecam (kita aim dulu) soalan mana yang nak jawab, dan menulis beberapa isi yang dirasakan penting, Lantas aku tanamkan konsep tawakal dalam hati. Tawakal untuk jawab tanpa mengetahui jawapan yang pasti.. Alaa, kalau sipi-sipi pun jadilah. Aku dah cukup bersyukur. Baru je nak garap IMPIAN untuk tingkatkan pointer dengan lebih TINGGI. Moga-moga harapan tidak tinggal harapan. Tapi, Farah akan tinggal Harapan. [ sebab malam esok aku nak balik kampung :D & nama hostel aku 'Desa HARAPAN' ]. Sambung balik cerita nak jawab exam tadi, selepas diumumkan oleh ketua pengawas peperiksaan, --> Dr Azeem (pensyarah 2 paper tu) aku pun jawab lah soalan nombor dua dulu dalam soalan bahagian A. Tulis laju-laju ni, laju macam orang lumba lari berpagar. Sebab? jawapan : Aku nak kejar masa.. Takut tak sempat jawab empat (4) soalan dalam masa 2jam. Banyak iler kan soalan yang aku kena jawab..

Dr Rabiatul & Dr Azeem, mana sempat kami nak jawab soalan macam tu dengan 4 soalan dengan masa hanya 2 jam. idea yang ada dalam minda kami terpaksa di tahan dan menggunakannya seterhad yang mungkin.Sebab takut jika dikeluarkan sepenuhnya, kan makin panjang pula esei jawapan kami dan yang paling penting ianya panjang disebabkan semakin merapu meroyan.. hehe.. Itulah aku yang cute kerana chubby.. sangat suka berangan.. Dalam exam pun sempat lagi nak meroyan. Ok abaikan bebelan aku itu. Sangat tidak penting..

Balik cerita asal, dengan berakhirnya peperiksaan aku pada semester lima ini, maka, tamat sudah pengajianku selama lima sem di Bumi Minden tercinta ini. sekarang ini aku tengah bersenang lenang di dalam bilik menghadap laptop sambil dengar lagu Sampai Menutup Mata nyanyian Acha. Dalam keadaan yang senang lenang ini sebenarnya, bilik aku bersepah-sepah. Mood untuk mengemas barang-barang bertukar kepada misi untuk update blog dengan cerita sensasi bebelan aku dahulu. hehehe.. motif sangat kannn???


Selasa, 3 Januari 2012

HSO.. HSO @_@

Bergegar kepala otak bila fikir tentang subjek ini.. adohh...
sakit kepala! bila baring sakit kepala itu hilang.. bila bangun...
mak ai,, sakit kepala itu datang! makin kuat pula tu.. nape ntah!
maybe sebab aku terlebih tido kot siang tadi.. huhu.. :(

sekarang.. sakit kepala tu dh hilang.. lepas mendegar bebelan dan kata semangat daripada mr. bucuk dan love aku.. (daddy).. haih, la.. betul la.. ayh aku kuat bebel tau.. nak2 bila sentuh bab study. siang tadi pon dia kol, msa tu dia dapat dgr suara rock aku, sbb baru bangun tido huhu.. (bagus anak dara dia ni kn)

dah farah! sakit kepala tu dh hilang,, jangan buang masa hupdate blog ni je.. tapi buang masa bercinta dengan nota-nota HSO ok! ok, gud luck exam kengkawan ku smua..

Ku Bahagia

Ahad, 1 Januari 2012

sweet 23 ^^

Assalamualaikum. .  .

Gempak x tajuk tu? hee.. sape yg dah capai umo 23 thun tu?
cik rah la tu.. hee.. YES, today im 23 years old..
sekejap je masa berlalu kn..

tepat jam 12 tengah malam tadi, di tapak pesta Penang, org ramai melaungkan selamat tahun baru dan happy new year, sambil bunga api berdentam dentum.. dalam hati aku sedih ja rasa.. sbb hasrat nk tgk bunga api atas bukit bangunan HEP USM yg lam x kesmpaian.. :(. xpelah.. janji dpt tgk bunga api gk.. even perasaan tu x sma pun sebenrnya..

tengah org duk countdown new year tu, ak ada layan sorg customer tu,, dh pangkat aunty. bla dia dengr org laung "happy new year", dia pon wish jgk kt ak.. aku jawab "happy new year aunty & happy birthday to me" entah kenapa boleh ckp kt dia yg masa tu jgk time besday aku.. hee.. mungkin sbb ak x berada di samping kwn2 aku.. hmm.. mungkin.

pastu hp ak trima mesej drp kawn2 dn c dia wish besday n new year kt ak.. salah stu msg yg ak trma dr kwn ak tu dia nk tju mesg tu kt daling ak.. tp ter send kt aku.. hee.. dh pecah rhsia, x menjd nk surprise besday ak.. hehehe..

tapi menjadi jgk.. sbb... aku dpt mkn sate dgn kek brownis. dh bpe bln kot mengidam nk makan bnda tu.. tQ daling2 ku.. (mar, huda, ju& p.lan n asriani) . aku rasa dihargai dengan concern yg diberikan oleh korang semua kpda aku.. love u all deep in my heart..

p/s : gmbr dgn mar, lom amik lg.. hee.. t bla dh amik, kmi ltk pic tu ye.. :) 

Jumaat, 30 Disember 2011

nebes!!

As Salam..
aku rasa sangat berdebar-debar apabila memikirkan yang satu itu pada saat ini. iaitu peperiksaan Human Service Organization (HSO) pada 4 Januari ini. :(

agak2 aku boleh jawab ke tidak eh? cik Farah, lau awak rasa nervous sahaja, tetapi tidak study.. memang sia-sia la nervous awak itu.. so, jangan buang masa lagi. jom study..

OK, mood aku sekarang : study beberapa jam pastu p pekena cendol pulut dengan rumet kt sungai 2, depan USM.




Khamis, 29 Disember 2011

RaSa mCm nk Update :~

:) mulakan dengan senyuman :) 

As Salam.. tba2 rsa mcm nk update belog ini. di sebabkan mber ku cik pororo. hehee...
u la ni deyla, minta i punya blog.. mood nk stdy jd mood nk update blog pula.. ngee.. 
xtau nk cte ape sebenarnya ni.. 

haaa... kite cte pasal exam la.. kn exam dh dekat. ni pun mggu studi. sem ni aku ada tiga paper je..
nampak mcm ringan kn? ringan kalau rajin study dari awal.. tp, aku ni jenis yg suka stdy last minute.. pastu sendiri mau tanggung la kn.. if result itu tidak memuaskan hati kamu,... padam muka kamu farah! 
exam start 4hb 1. next paper 9hb dan 11hb. sebelum tu ada viva untuk repot praktikum II yg lepas..

haa,,, cte sal exam dh siap la kot,. kita cte sal nk masuk tahun baru lak ek.. tahun baru tu maknanya dalam 3,4 hari ni lg lah. dh x lma dh.. cepat j putaran alam atau alarm ni kn.. x dpt nk merasai nikmat hujung tahun 2011 ni. disebbkn sangt bz.. bz dgn kerja partime.. dan stdy. pastu sbb ~ ala, fahm2 j la hujung sem mst sengkek.. hehe.. nasib sy murah rezeki. Alhamdulillah..

lg2.. nk cte sal ape?? hee.. dh xde yg penting kot.. btw, lau ada permintaan nk tau cte ape2 lg.. tinggalkan komen kt bawh.. (cewah, gaya hot mcm rentis :p)



tata :: jom stdy bersama sy ::
gud luck kpada kome yg ad exam atau akan melalui hari yg pentg dlm msa terdekt ini..