Selasa, 4 Mei 2010

..penghujung sem..

Hai..
Assalamualaikum..
Sudah lama membiarkan blog farah ini sepi yanpa catitan dari farah.
hari ini, farah nak bercerita.. Erm.. dah tiba penghujung semester sekarang ini.. besok farah akan menghabiskan peperiksaan akhir pada semester ini, dan lusa adalah hari yang farah tunggu-tunggu semenjak dua minngu kebelakangan ini. BALIK KAMPUNG!. hehehehe..  tak sabar nak sampai ke kampung halaman, tempat tumpah darahku..

Mula terasa masa begitu cepat meninggalkan kita.. tambahan pula semeter dua ini adalah semester yang pendek. Dah nama semester dua ini semester yang pendek, tentunya jadual farah begitu sibuk pada sem ini. kelas malam ada tiga hari berturut-turut. bermula daripada hari isnin sehingga hari rabu. Hari isnin kelas bahasa isyarat. hari selasa kelas psikologi tak normal dan pada hari rabu pula kelas tingkahlaku manusia. sangat seronok belajar kelas bahasa isyarat.. tapi dah lama farah tak praktis dengan Mar (rumate). jadi, dah tak ingat sangat. hehehe.. kelas psikologi tak normal dan kelas tingkahlaku manusia ni sebenarnya diajar oleh pensyarah yang sama. namanya dr.Affandy. Dr, ni sangat kelakar.. jadi, walaupun kami menghadap mukanya selama lebih kurang lima jam dalam sehari, kami tak rasa mengantuk sangat dalam kelas. macam mana nak ngantuk kalau kelas sentiasa bising dengan gelak tawa yang diciptakan oleh dr. Dan..masa jawab exam psikologi tak normal kelmarin. dr telah bantu farah. mugkin dia tengok muka farah dah 'blur' sangat kot masa tu.. hehee.. apa-apapun, terima kasih dr.! InsyaAllah esok saya akan jawab exam tingkahlaku manusia dengan baik. InsyaAllah..

hmmm.. nak tau lagi kenapa farah sibuk sangat sem ini? hehehe.. tunggu eh, farah nak ceritalah ni.
sebab utama adalah kerana perancangan untuk mengumpul dana bagi lawatan ke beijing.. lawatan ini dirancang pada akhir sem satu lagi sebenarnya.. peserta-peserta yang akan mengikuti lawatan ini memang sibuk sangat. melakukan pelbagai cara untuk mengumpul dana. lebih-lebih lagi, pengarah projek (Faridah Noor bt che Ali) bagi lawatan ini, lagi-lagi la sibuk.. pelbagai persiapan untuk lawatan ke beijing ini harus dilaksanakan dengan baik. hal ini kerana, kami bukan sahaja pergi ke beijing untuk buat lawatan semata-mata, tetapi untuk mengadakan persidangan meja bulat dengan salah satu universiti di beijing. iaitu di Beijing Foreign Study University (BFSU).. hmm,, pasal lawatan kat sana, sabar dlu ye.. farah nak cerita tentang persediaanya dulu.. kami buat latihan tarian untuk dipersembahkan kat BFSU nanti. Kami juga buat latihan meja bulat. kami cari dana dengan buat tayangan-tayangan movie dengan harga tiket sebanyak RM2, dan macam-macam lagi lah.

Dalam usaha untuk membuat persediaan ke beijing tu, farah juga kena bahagikan masa untuk memberi tumpuan dalam program URace yang biro farah laksanakan. Iaitu biro komunikasi korporat. tapi.. farah rasa sedikit kesal sebenarnya kat sini, sebab farah rasa tak mampu nak berikan komitmen yang sepenuhnya dan sebuah komitmen yang baik sebagai seorang setiausaha projek. Maaf dipinta kepada ahli biro komunikasi korporat juga kepada puan pemantau..  (saudari Halimaton Ahmad ) (^,^). walaubagaimanapun, farah rasa, program itu berjalan dengan lancar juga akhirnya. walau tak dinafikan banyak dugaan dan cabaran untuk melaksanakan program itu.. tetapi, Alhamdullilah, pihak muzium USM memberikan kerjasama yang baik dengan pengarah projek kita (Nik Muhamad Anas Bin Kamaruddin) dan kepada Noor Aqwa Russlan. sebenarnya, mereka la orang kuat untuk menjayakan program URace ini.

farah juga terlibat dengan program Tayangan Amal yang dilaksanakan oleh biro Keusahawanan dan Penajaan. program ini sebenarnya menayangkan filem baharu. iaitu filem 'Lu Pikirlah Sendiri'. semasa buat program ini, filem ini belum lagi ditayangkan di mana-mana panggung wayang. farah jadi sekretariat protokol dalam program ini. angan-angan nak jemput artis tapi, jemput pengarah filem je, sebab pelakon tak dapat turun padang. ish, rasa rugi betul.. kalau tak, boleh berganbar dengan Nabil.. hehe!! sebelum hari kejadian, farah kena bertugas kat kaunter jualan tiket dahulu. tiket dijual pada harga RM 6. kira murah la tu kan, kalau kat panggung mau-mau RM 9 paling murah. Alhamdullillah dapat sambutan yang agak menggalakkan juga daripada warga USM. dan krew kami mendapat pujian daripada pengarah filem (Aminah Rafur) kerana berani sain kontrak walau tempoh masa hanya ada lebih kurang 2 minggu dengan hari kejadian. tapikan, boleh pulak setiusaha penagarah filem tu cakap muka farah ni ada iras dengan kawan dia kat pejabat sana. Opss.. terlebih sudah!! hik3..

selain itu, desa ada buat program pertandingan debat dan pertandingan berpantun (PADU). farah tak terlibat dengan program ini, hanyalah menjadi penyokong desa.. pergi tengok kawan-kawan berlawan, dan ikuti perkembangan pertandingan ini. tapi, pasukan desa farah (Desasiswa Fajar Harapan) hanya mampu bertahan pada peringkat suku akhir sahaja bagi pertandingan pantun. tapi, desasiswa kami dapat menebus kekalahan PADU apabila kami mendapat johan dalam pertandingan debat. Alhamdulillah..:)
tahniah kepada para pemantun dan pendebat Desasiswa Fajar Harapan.

farah juga terlibat dengan program TOT (Temasya Olahraga Tahunan). program TOT ini memang dibuat pada semester dua setiap sidang. hmm.. ni masa yang sgt genting. semua orang sedang sibuk dengan ujian pertengahan sem pada ketika ini. tambahan pula tarikh TOT adalah berdekatan dengan tarikh untuk peserta beijing berangkat. aish.. memang sibuk la. farah kena berlatih kawad untuk TOT ni. sebab farah masuk pertandingan perbarisan. tiap-tiap hari kena buat latihan kawad. dah la farah ni memang tak pandai nak kawad dan tak ada minat berkawad sejak dari zaman persekolahan lagi. tapi demi desa tercinta.. farah sanggup berkorban. huhuhu.. pada masa yang sama juga, farah dan para peserta beijing kena buat latihan tarian. selain itu, kami kena buat latihan meja bulat dan mesyuarat terakhir bersama para penggawa desa, en Sharul Imran dan Puan Suzanna. sebab kami akan berangkat ke beijing sehari selepas sehari habis program TOT.

kini, masa yang ditungu-tunggu. hehehe.. pejam celik, kami dah sampai ke tanah China. dugaan sebelum sampai beijing, farah kena tahan kat imigresen Pulau Pinang. hehhe.. sebab terlupa nak letak telefon dalam beg untuk di 'scan'. hehe.. cubaan. sampai kat imigresen Bangkok pun kena tahan jugak. entah kenapa tiba-tiba beg farah berbunyi. nasib baik beg tak kena buka. kak wani, siap kena buang kasut lagi. hehehe.. kesian! kami sampai beijing dalam pukul 4 petang pada 31 Mac 2010. tiba kat sana, suhu di sana sangat sejuk. terus bukak sarung tangan yang dibeli kat BJ (Bukit Jambul). kami diperkenalkan sengan Amanda.. Amanda ni merupakan pemandu pelancong kami. Ia baik sangat.. melayan kerenah kami yang poyo-poyo.. hehhe. ingat lagi, tempat pertama yang kami pergi adalah kat restoran muslim. agaknya kami ni terkena kejutan budaya makanan masakan cina. sebabnya, sampai je makanan kami terus 'Ngap'! belum sampai lauk lain, lauk yang dibagi sebelum ni dah habis. hehe.. memang kelakar sangat. hari-hari seterusnya kami dibawa pergi melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Forbidden City, Great Wall, dan Summer Palace. kami juga dibawa ke pertunjukkan Akrobatik, stadium Olimpic Beijing, kedai silk dan kedai jed yang terbesar di China. cerita tentang tempat yang kami lawati memang tak tercerita. tapi sayang, farah tak sempat nak tengok masjid niujie. kerana kami singgah ke masjid tu pada waktu malam, dan masjid tu ditutup pada waktu tu..  banyak kenangan manis farah kat beijing. salah satunya semasa kat stadium olimpik. sedang farah, mar dan zarith berjalan-jalan melihat persekitaran stadium tersebut, mar meminta kami practise untuk group discussion kami bagi kelas LSP 300 kami. sebab balik je dari beijing nanti, kami kena buat group discussion kat kelas nanti. kebetulan pula kami satu kelas dalam kelas LSP 300 tu. farah lupa skrip farah masa kami membuat practise tu. dan, farah nak keluarkan skrip dari dalam jaket yang farah pakai. memang farah sentiasa bawa kemana-mana skrip tu.. tapi hafalnya tidak. hehehehe!! masa farah nak keluarkan skrip tu, terketar-ketar tangan farah. sebab sejuk sangat! sekali angin datang boleh menggigil. tiba-tiba, skrip tu terlepas daripada pegangan tangan farah! rasa agak cemas la masa tu.. farah berusaha untuk kejar secebis kertas skrip tu. walaupun di hati rasa tak berapa yakin untuk mendapatkannya lagi. mar dan zarith tu dah gelak kat belakang. tapi, akhirnya, farah dapat juga kertas skrip tu sebab penjaja cina tu yang tolong dapatkan. shin sei.. (^,^) . satu lagi yang farah kira kenangan uang mungkin susah sikit untuk farah lupa adalah semasa buat sorakan fajar harapan kat tembok padang tembok besar china. walau kami telah rasa letih, namun suara kami bergempita di tembok besar china. dapat pujian daripada pelancong mat salleh pula tu. dia kata 'nice song'. tapi izwan jelaskan yang  tu adalah sejenis 'cheers'. hmm.. memang rasa sangat kelakar masa tu. juga rasa bangga.. sebab telah dapat martabatkan sorakan fajar harapan, USM. ceewaah..!! balik dari beijing, kami singgah di bangkok selama satu malam. pada masa ini, pasukan baju merah yang dikatakan melawan kerajaan telah berleluasa di sekitar bangkok. nasib baik keadaan pada ketika itu masih lagi terkawal. jadi, farah dapat mengutip satu lagi pengalaman baru apabila melihat pasukan baju warna merah itu menyekat laluan jalan raya. sehinggakan pemandu kami terpaksa melalui jalan alternatif untuk sampai ke hotel penginapan kami. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke hotel, dan petang keesokannya kami bertolak balik ke malaysia. walaupun flight kami pada jam 10 waktu malaysia, kami terpaksa bertolak awal ke lapangan. dan kami sampai ke kampus lebih kurang jam 12.30 pagi waktu tempatan.

seminggu selepas balik dari beijing, ada majlis makan malam bersama MPD Fajar Harapan. farah pun turut menyertai program ini dengan menjadi sekretariat protokol. hmmm.. protokol lagi. padahal farah tak pandai sangat nak sambut tetamu ni. tapi belajar la. tambah lagi, yang jadi pengarah projek ni mar. roomate  sendiri. jadi, farah pun tolonglah, ala..bukan susah sangat pun. tinggal nak sambut tetamu je.. yang lain-lain tu al-faruqy dah handle.

lalu.. farah dan kawan-kawan pun berjuang la dalam minggu peperiksaan.. saat-saat terakhir ni mar belanja pizza tau. rugi pada sape yang tak mau ikut. terima kasih mar.. sayang kamu (^,^).
dan esok adalah paper terakhir farah.. lusa pagi-pagi lagi farah balik kampung halaman.
selamat tinggal semua. kita jumpa lagi awal bulan tujuh nanti. wassalam.. (,")

Tiada ulasan:

Catat Ulasan