Ahad, 17 Januari 2010

c!Nt4 umPaMa menuNgGu b4s

Bila awak tengok bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eii..penuhnya..takde tempat duduk". Jadi, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yang lain". Awak biarkan bas tu berlalu tinggalkan awak dan awak tunggu pula bas yang lain.

Kemudian, datang pulak bas yang kedua.
awak tengok bas tu dan awak akan cakap, "Eii..bas ni buruk sangat.. dan mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan". Jadi awak biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk menunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika,datang lagi sebuah bas.

Bas yang datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk dengan bas yang tadi, tapi awak akan kata, "Ermm...tak ada air-cond.. cuaca pulak panas. Baik saya tunggu bas yang lain". Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang untuk menuggu bas yang seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak pula sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tidak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa.. awak telah naik bas yang salah. jadi.. selama ni awak dah banyak membazir masa dan wang untuk menunggu apa yang awak nak.

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dapat pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadi.. mengingini apa yang awak idamkan itu memang tidak salah. tapi..tidak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tidak sesuai dengan awak, apa yang awak perlu lakukan adalah hanya tekan loceng dan turun dari bas tersebut.

Tapi.. saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah sebuah bas yang awak nanti-nantikan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalun tinggalkan awak!

...bila ada bas lalu yang melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan memberi peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri dari cinta!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan