Khamis, 31 Disember 2009

SaTu Mal4m Y4nG Nak@L..

    28 disember yang lepas ak bersama rakan yang lain telah menghabiskan masa di pesta sungai nibong. perancangan awal, kami ingin berjalan kaki sahaja untuk ke sana. tetapi, salah seorang daripada kami x mampu nk berjalan. lalu, kami menaiki bas rapid untuk ke sana.. malam ini adlah malam yang sangat nakal bagi aku.. kerana ak telah membuat perkara2 yang budak nakal buat.haha.. dan aku rasa sangat kelakar waktu itu.
       Di pesta tersebut, kami menaiki 2 permainan yang bagiku adalah permainan yang mencabar, iaitu 'challenge' dan 'coaster'. Game 'challenge' la yang paling mencabar.. sebelum main tu aku tengok cm sekejap j.. tp, bla dah berada kat atas sana tu.. Ya Allah.. lamanya! bila la game ni nk berhenti?!! ak dah berasa takut sangat berada kt atas sana tu. makin lama 'benda alah' tu makin laju. huhu... game 'coaster' tu agak mencabar jugak, tetapi tidaklah seperti 'challenge'.. ialah, dah nama pun challenge kn.. sempat jugakla kami melihat barangan yang dijual, dan sempat jugaklah kami membeli beberapa barang.bershoping jugak la malam tu..hehe. dah namanya perempuan kan.. kalau tidak bershoping..memang tidak sah la kot. haha.
      masa berlalu begitu pantas..tengok2 jam dah pukul 12 tengahmalam. alamat!! camne nak balik ni? terpaksa balik jalan kaki ke?? erm..nasib baik lah, masih ada bas lagi. tapi kena caj agak mahal la sikit.tak mengapalah, asalkan kami selamat sampai ke sangkar emas kami. tapi, terlupa pulak pintu besar sangkar emas kami dah ditutup! Ayoyo.. camne nak masuk ni.. lalu, terlintas la satu idea yang nakal.hehe.. dan masa itu, aku terasa, aku la budak yang paling nakal.. Alhamdullilah, kami selamat sampai ke sangkar emas kami..syukur sangat sebab tekde apa2 perkara buruk yang berlaku. lepas ni, Insya-Allah aku dah xnak buat lah benda nakal camni lagi.
    Dan aku akan menganggap ini adalah satu pengalaman yang manis, kerana aku memerlukan pengalaman tersebut untuk aku memahami budak2 nakal. kerana itu sendiri adalah salah satu bidang pekerjaan aku suatu hari nanti. Insya-Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan