Jumaat, 23 Oktober 2009

rentetan..

aku bangga kerana dapat menjadi salah satu warga USM.. terima kasih Tuhan, kerana memakbulkan doa-doaku.. aku berasa sangat teruja apabila pertama kali menjejakkan kaki ku di universiti ini, iaitu semasa aku menghadiri temuduga MUNSYI untuk pengambilan pelajar bagi kursus kerja sosial. aku berdebar-debar semasa ditemuduga oleh dekan, timbalan dekan, dan pensyarah pusat pengajian sains kemasyarakatan. bayangkan, 6 orang yang menemuduga aku. aku berasa sangat kerdil apabila berhadapan ddengan mereka. walaubagaimanapun, aku cuba memberikan jawapan yang terbaik.selepas 15 minit kemudian, aku keluar dari bilik temuduga itu dengan hati yang lega kerana aku yakin aku mampu menjawab soalan-soalan mereka dengan baik.buktinya, aku berjaya melanjutkan pelajaran aku di USM.
semasa hari pendafataran aku di sini, aku sekali lagi berasa sangat teruja. apatah lagi pada ketika itu aku dihantar oleh keluarga ku..
aku bangga kerana aku mampu membuktikan kepada adik-adikku yang kakaknya berjaya menyahut cabaran mereka. walau bagaimanapun, perjuangan aku belum lagi selesai. masih panjang lagi perjalanan hidup aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan