Sabtu, 8 Disember 2012

Camne leh terlupa ?

Ape ni.. ape ni?? Password apakah yang kite terlupa ni..

Macam mana kite boleh terlupa password ad ATM sendiri?? (menunjukkan kelupaan kite semakin ketaraan). Sampaikan, encik tunang sendiri dah cakap dia risau nak harapkan kita buat kerja. SekejapII lupa.. sekejapII lupa.

OH tunangku tersayang.. tunanganmu ini bukan sengaja dan tidak pinta untuk terlupa sebegini rupa.. L

Dah banyak jalan kite usaha untuk tingkatkan kecerdasan minda. Mohon dijauhi dengan sikap pelupa ini.. ianya makan masa awak.. insyaAllah, saya tidak terus jadi pelupa seperti ini. Banyak – banyakkanlah berdoa.. insyaAllah, saya akan jadi secerdas awak nanti. Yang sentiasa ingatkan saya bilamana saya terlupa akan sesuatu.. Awaklah yang melengkapkan kehidupan saya yang pelupa ini… ITU YANG SEBENARNYA. . . .

p/s : walaupun PELUPA, tapi, saya sentiasa ingat awak dalam doa saya… J

Assalamualaikum.. 

sekian, 
coretan yang akan menjadi sebahagian kenangan dalam hidup,,

Ahad, 9 September 2012

resign

Assalamualaikum

i'm just finished my resign letter.. 
can't wait to give it to my supervisor this thursday.. 
then, friday morning fly to kuala terengganu.. :)

Isnin, 30 Julai 2012

..risik dan tunang..

Assalamualaikum..

usia semakin hari semakin bertambah..
rasanya, sudah layak untuk kite membincangkan hal ini. hal yang berkaitan dengan risik dan tunang..
menandakan yang kita semakin dewasa.. ececece.. (cover line)

Alhamdullillah.. kami dah merancang untuk pergi lebih jauh lagi dalam hubungan kami ni yang sedar x sedar.. dah hampir dua tahun terjalin tanpa sengaja.. camne kisah cinta kami boleh terjalin ye? huhu.. private and confidential.. kui3.. (padahal malas nak cerita sebab panjang sangat)

Dia pun sudah melamar kite untuk menjadi suri hidupnya..
InsyaAllah.. jika diizinkan Allah dan jika tiada aral melintang.. dalam masa yang terdekat ini, beliau akan mewakilkan emaknya untuk merisik kite.. dan kami akan ditunangkan pada akhir tahun ini... semoga Allah permudahkan urusan kami.. amin..

>>apakah warna tema untuk majlis itu nanti..??


sekian,
coretan yang akan menjadi sebahagian kenangan dalam hidup

result terAKHIR di USM..

Assalamulaikum..

Hari ni result USM dah keluar.. mari kita beramai semak result masing..
kite dah semak keputusan final exam akhir kita.. Alhamdulillah.. ada peningkatan!
sangat2 bersyukur..
terima kasih duhai Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..


>>bulan 9 ni boleh konvo dengan hati yang gembira.. XD

sekian,
coretan yang akan menjadi sebahagian kenangan dalam hidup

Ahad, 22 Julai 2012

rindu kampung

Assalamualaikum..

lambat lagi nak balik kampung.. 
rindu sangat2x.. 
balik pun nanti x bleh nak balik lama2.. 
sebab kena kerja..
huhu.. :(


sekian,
coretan yang akan menjadi sebahagian kenangan dalam hidup 

Sabtu, 21 Julai 2012

Salam Ramadhan..

Assalamualaikum..

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua kawan2 yang seagama dengan saya di luar sana... mari kita sama-sama perbanyakkan pahala kita pada bulan ini.. amin..

nah amik ni untuk korang... 

sumbangan : pakcik google


sekian,
coretan yang akan menjadi sebahagian kenangan dalam hidup





Selasa, 22 Mei 2012

Keistimewaan bulan Rejab

Assalamualaikum.. 


Memandangkan esok 22 Mei 2012 Masihi, bersamaan 1 Rejab 1433 Hijrah kite rasa nak berkongsi manfaat/ kebaikan bulan Rejab pada kome malam ni.. kite google keistimewaan bulan Rejab ni td, dan terjumpa di salah satu blog..

jom  kite sama2 tengok apakah fadhilat2 nya.. 
Basmallah dulu kawan2.. (sebab nk tuntut ilmu kan)
.
.
.
.
.
.
.

  • Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi. 
  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya. 
  • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka, 
  • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal. 
  • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur. 
  • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya. 
  • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya. 
  • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya. 
  • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga. 
  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim. 
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun. 
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun. 
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun. 
  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. 
  • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam. 
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya. 

kelebihan2 lain 

  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim. 
  • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. 
  • Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji. 
  • Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 
  • Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. 
  • Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. 

Lagi kelebihan lain bulan Rejab: 

  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali. 
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. 
  • Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 
  • Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. 
  • Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. 
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. 
  • Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. 
  • Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. 


Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun 
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir 
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat 
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya 
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. 

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

  • Israk dan Mikraj (27 Rejab) 
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj) 
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah. 
  • Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT: 

                   "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil  Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." 
(Surah Al Israa': 1) 



DOA BULAN REJAB: 


  • "Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah." 
  • Istighfar paling baik dalam bulan Rejab: 

Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya." 

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya. 

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya. 


Sabda nabi: 

"sampaikan dariku walaupun satu ayat"


"SELAMAT BERAMAL"

sekian,
coretan yang akan menjadi sebahagian kenangan dalam hidup