Isnin, 5 Disember 2011

sunyi

lama sgt x buka blog sendiri.. asyik baca blog org je.. ntah, macam xde mood nk menaip dan xtau nk taip apa utk ak ceritakan di blog ini. kerana aku hanyalh insan biasa, hanya insan yang punya rasa cinta dan penuh dgn kasih spt org lain. hanya bukan kerana aku insan yang bergelar artis.. wakakak.. (ada angan2 nk jadi artis ke = nope. xpernah. dah tu? = saja je.. )
huuu. . .

last post kt blog ni.. masa bulan 10 aritu. masa praktikal dan baru balik dari kenduri kawin sahabat baik aku di terengganu. masa tu aku leh dikatakan selim lagi.. (yeke? ) yelah kot.. sebab ley lagi pakai kebaya.. huuu..
tapi, bla dh habis praktikal then duk umah lebih kurg selama 5 minggu, walaupun masa tu bulan puasa, berat bdn aku boleh naik hampir 3 kg.. huuu.. sgt tercabar. tapi baju kebaya ley lg pakai masa tu.. lepas raya tu.. berat bdn naik lg dan baju kebaya aku dh sendat.. huuu.. potongan slim aku dah berubah dh! adoi.. xtau cmne nk kurgkn berat yg naik lebih kurg 6 kg semenjak balik umah. isshhh.. :(

bukak semester baru, ramai kawan-kawan aku yg menegur ttg kecomelan diriku.. huuuhu. dh la mmg sedia ada comel.. makin3x comel la nmpaknya.. ahakkzz~ [ buat2 suka, padahal x suka sgt! ): ].
sekrg perasaan nk kuruskan badan makin membuak-buak. sem ni pon dh nak habis.. tapi lom kurus2 lg.. hhhaiiishh.. nk kata tak senam,, dah bersenam, siap ambik senamrobik lagi kat sini. joging?? hee.. mmg tak. tapi ada la jgk sekali.. ngee. makan? alahai, biasa2 je mcm org lain jgk,, sebab kadar metabolisme badan aku rendah kot. xtau lh cmne nk tingkatkan kadar metabolisme ni,.. :(

tapi, walaubagaimanapun, aku tekad.. sebelum habis sem ni ak mest berjaya kurangkan berat badan paling. x dapat nk kurang 5kg, dapat kurang 3 kg pon aku dah bersyukur sangat.. :). jangan cepat putus asa ye farah comel.. (kata2 semangat utk diri sendiri) heee~

dh habis bab aku, skrg ni nk ckp bab aku dgn dia... ngee, hubungan bersyarat kami dh pon sampai setahun pada 17 Ogos 2011 yang lalu.. hee.. tu aje. semoga hubungan kami kekal hingga ke jinjang pelamin.. :)
Amin...

Sabtu, 1 Oktober 2011

tahun akhir

12 September yang lalu, aku mendaftar masuk ke USM sebagai pelajar tahun akhir. wah terasa begitu cepat masa berlalu. Masuk je sem baru, ak dah sibuk. minggu pertama sibuk dengan perdaftaran kursus dan mengemas bilik. kali ni, rumet ak org terengganu jugak, tp dr courses yg berlainan.> seni. Asal nama je budak seni, kalau kt USM ni, semua dh tau yg budak seni ni sangt sibuk. lebih2 lg tahun akhir. sebab dengan FYP.

ok, berbalik kepada aktiviti aku. masuk minggu kedua, ak sibuk dengan gerai konvo PERMATA. sdh menjadi adat di USM, hari konvokesye di USM adalah pada bulan 9. So, lambat atau cepat semester baru bermula, haro konvokesyen mesti diadakan pada bulan Spetember. kesian lh kepada sekteriat convex. kerana terpaksa buat kerja pada masa cuti semester bagi melaksanakan majlis konvokesyen dengan lancar. Nasib aku x jadi salah seorang ahli sekretariat convex. Kalau x, x cukup kaki, tangan, mulut, kepala, dan hidung lah untuk aku buat kerja. tambahan lagi, pada minggu kedua, kelas dan tutorial ak dah bermula.

pada minggu ketiga, aku sibuk dengan buka dan jaga b0oth PERMATA bagi ahli baru (khas kepada pelajar 1st year) mendaftar ke dalam ahli PERMATA sidang akademik 2011/12. terima kasih kepada semua kawan2 dan adik2 yg tolong jaga bo0th. (bob nizam, along, hisan, firdaus, ila, mija, nan, azwa, ana, zaima, sal, bihah, adi, suzi, ema dll ) - maaf kalau ad nama anda yg terlupa untuk disertai sama.

inilah beberapa aktiviti yg telah dilakukan sepanjg 3minggu ini berturut2... > bz x c.rah? huhu < ^_^

Khamis, 21 Julai 2011

: : 2minggu ini : :

Lama tidak menjengah ke coretan ini.. Masa yang menjadi kekangan untukku menjengah di sini. Lama tidak berceloteh.. membuatkan cerita terkumpul semakin banyak untuk aku luahkan. Namun, tangan tidak berdaya untuk ku gaip semuanya.. cukuplah jika diceritakan serba ringkas hanya beberapa perkara yang ingin dikongsi.

Minggu lepas, aku balik kampung semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang sahabat baik ku di alam persekolahan. Alhamdulillah.. majlisnya berjalan dengan lancar. Tahniah sahabatku (wan nur azira dan mohd badrul). semoga kalian kekal bahagia hingga ke syurga.. amin. aku bermalam semalaman di rumah sahabatku.. menghabiskan masa bersama-sama sehari sebelum dia menjalankan tugas sebagai seorang isteri serta mengotakan janji kami semasa di alam persekolahan dahulu.. untuk saling membantu di majlis perkahwinan masing-masing. melihat kemeriahan majlisnya, terdetik di hatiku satu perasaan yang mana mendorong aku menuju ke arah itu.. hehe..

Aku balik ke USM 18/7/2011.. untuk menyambung tugasan yang tergendala.. siapkan laporan praktikal sebelum kami mengangkat kaki menamatkan latihan praktikum kami..pada pagi 19(selasa) ada mesyuarat ringkas dengan pihak JKKK dan kumpulan praktikal aku tentang penghantaran laporan praktikal kepada pihak tertentu serta sedikit tentang aktivi berBBQ pada 22hb ni (jumaat malam). aktiviti berBBQ tu, konon2 sempena perpisahan kami.. bagusnya bos aku.. baik2, rajin.. dan yg paling penting sangt bermurah hati. lebih2 lagi, en. Zaini, yang bawa kami ke dusunnya yg terletak di alor star.. haaaaa...masa pergi dusun tu pun, ada peristiwa yang tidak mungkin dapat aku lupakan. jeng3.. biarlah rahsia. panjang sangat kisahnya.. malas nak menaip. huhu...

Minggu ni, adalah minggu terakhir aku di USM. lepas dah hantar laporan praktikal pada waktu BBQ nanti, kami bolehlah angkat kaki (menamatkan praktikal) dengan senang hati.. ikutkan hati, nak je balik sabtu depan... tapi, aku ada komitmen lain.hari ahad nak jmpa kawan bisnes.. perlu jumpa, sebab hari tu, adalah hari terakhir untuk aku bersua muka dengan mereka. memandankan lepas ni aku balik kg lama... dan hanya akan bersua selepas aku kembali ke USM pada semester depan. bersua dengan rakan bisnes aku bukan sahaja untuk mengeratkan lagi silaturahim kami.. tapi, untuk aku bincangkan strategi bisnes aku sepanjang aku di kampung nanti. InsyaAllah bisnes aku ini akan berjalan dengan lebih lancar.. amin.. Allah tidak akan mensia-siakan hambanya, selepas hambanya berusaha, berdoa dan bertawakal...

Isnin, 4 Julai 2011

bersawang

As Salam..
Wah! lama giler x bukak blog ni.. habis dah bersawang.. bukan setakat sawang labah-labah. Sawang ulat bulu pun ada! huhuhuhu.. Entah, mood untuk menulis pada blog sebenarnya kurang. Apa yang ditulis sebenarnya adalah ikut pada mood. walaupun, sebenarnya, pada jangka masa selama hampir setengah tahun ni, saya ada buat blog baru. Pada asalnya, ingatkan dah nak terus lupakan blog ni.. tapi, sayang. sebab dh ada list blog kawan-kawan kan... Bila dah lama x godeh2 blog ni.. habis dah lupa camna nak edit templat, camna nk masukkan widget baru.. nak kena banyak baca dari blog2 org lain lah ni.. heee..harus kna rajin menggoogle. sebab nk cantikkan blog yg dah bersawang ni.. sat lagi jadi bersarang! sbb lama sgt dh x bukak.. heee... jom teman saya cantikkan blog sy.. harap2 ada hasil..

Ahad, 12 Jun 2011

Hanya Satu

Ku akui.. ruang hati ini, bertahun-tahun kekosongan. Tiada penyeri yang lebih istimewa selain famili dan sahabat handai. aku riang menjadi seorang aku yang mungkin tiada cinta kepada sesiapa melainkan hanya untuk diriku, sahabat, kawan dan keluarga. Tiada kekasih hati yang aku taburi kata-kata rindu. Aku bahagia begitu.. Walaupun kadang cemburu melihat kemesraan orang sekeliling. Siapa yang tidak mahu rasa disayangi. Namun, rasa itu.. dapat ku hindari apabila aku muhasabah diri. Aku hampir terpesong dengan hawaku.. Alhamdulillah.. aku kembali sedar.

Namun kini, ruang hatiku semakin hari semakin dipenuhi dengan rasa yang berbunga-bunga. Dirinya datang dalam hidupku.. Oh, kadang-kadang aku seperti tidak percaya. Mengapa dirinya? Bukankah lebih ramai orang diluar sana? Takdir Tuhan... tiada siapa yang tahu. Ya, dia insan biasa.. namun, bagiku.. dia adalah insan yang luar biasa apabila dia ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik. Alhamdulillah..

"Rasa" itu.. hadir secara tiba-tiba apabila aku menerimanya secara "bersyarat". tidak kusangka.. mengapa aku boleh jatuh akhirnya..  Perjalanan cerita kami.. Bagaikan kisah dongenag novel cinta. aku dan dia sebagai watak utama cerita cinta yang penih konflik dan berakhir dengan happy ending. Aku turut berharap.. aku dengannya.. akn berakhir dengan kisah cinta yang bahagia.

Aku harap... aku dapat menjaga hatiku ini. supaya tidak terlalu menyukai dan menyayangi dia sebelum aku menjadi miliknya yang mutlak.. Ya Allah..percepatkanlah jodoh kami.. andainya dia adalah Adamku.. amin.

Dirinya hanya satu..

Ku akui.. ruang hati ini, bertahun-tahun kekosongan. Tiada penyeri yang lebih istimewa selain famili dan sahabat handai. aku riang menjadi seorang aku yang mungkin tiada cinta kepada sesiapa melainkan hanya untuk diriku, sahabat, kawan dan keluarga. Tiada kekasih hati yang aku taburi kata-kata rindu. Aku bahagia begitu.. Walaupun kadang cemburu melihat kemesraan orang sekeliling. Siapa yang tidak mahu rasa disayangi. Namun, rasa itu.. dapat ku hindari apabila aku muhasabah diri. Aku hampir terpesong dengan hawaku.. Alhamdulillah.. aku kembali sedar.

Namun kini, ruang hatiku semakin hari semakin dipenuhi dengan rasa yang berbunga-bunga. Dirinya datang dalam hidupku.. Oh, kadang-kadang aku seperti tidak percaya. Mengapa dirinya? Bukankah lebih ramai orang diluar sana? Takdir Tuhan... tiada siapa yang tahu. Ya, dia insan biasa.. namun, bagiku.. dia adalah insan yang luar biasa apabila dia ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik. Alhamdulillah..

"Rasa" itu.. hadir secara tiba-tiba apabila aku menerimanya secara "bersyarat". tidak kusangka.. mengapa aku boleh jatuh akhirnya..  Perjalanan cerita kami.. Bagaikan kisah dongenag novel cinta. aku dan dia sebagai watak utama cerita cinta yang penih konflik dan berakhir dengan happy ending. Aku turut berharap.. aku dengannya.. akn berakhir dengan kisah cinta yang bahagia. 

Aku harap... aku dapat menjaga hatiku ini. supaya tidak terlalu menyukai dan menyayangi dia sebelum aku menjadi miliknya yang mutlak.. Ya Allah..percepatkanlah jodoh kami.. andainya dia adalah Adamku.. amin.

sekian, 
coretan yang akan menjadi sebahagian kenangan dalam hidup..




Ahad, 7 November 2010

wanita solehah- calon isteri

sumber : http://forum.tentangcinta.com/
saya amat tertarik dengan isu ini, lalu saya copy pastenya di laman blog saya ini. Antara sebabnya, adalah senang untuk menjadi rujukan saya sendiri suatu hari nanti.. Jom kita bersama-sama menghayati artikel di bawah. :)

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.

Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan.

Ketiga, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia.

“Mereka ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad,” (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula simbol wanita dalam ibadatnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Khadijah pula simbol isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang wajar dijadikan ikutan Muslimah.

Dalam memilih pasangan hidup, Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati.

Kriteria kesolehan isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana sifat itu, selain dituntut Islam, juga bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.

“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid).

Jelas di sini, aspek keagamaan dalam diri seseorang calon isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga. Ini kerana dengan agama yang bertapak kukuh dalam jiwanya, dia pasti akan taat kepada suaminya dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Ketika ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dijelaskan oleh firman Allah yang bermaksud: “... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah...” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa. Ini kerana keredaan suami menjadi anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya, selain penyejuk hati ibu bapa, biarpun ibu bapanya sudah meninggal dunia, melalui sedekah doa dan amalan kepada kedua-dua orang tuanya.

Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.

Pengetahuan agama dan nilai solehah inilah menjadi ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Sesungguhnya, fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga, begitu besar.

Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya.

“Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).