sumber : http://forum.tentangcinta.com/
saya amat tertarik dengan isu ini, lalu saya copy pastenya di laman blog saya ini. Antara sebabnya, adalah senang untuk menjadi rujukan saya sendiri suatu hari nanti.. Jom kita bersama-sama menghayati artikel di bawah. :)
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
Hadis ini menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.
Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.
Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan.
Ketiga, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia.
“Mereka ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad,” (Riwayat Bukhari)
Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
Maryam pula simbol wanita dalam ibadatnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.
Khadijah pula simbol isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.
Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang wajar dijadikan ikutan Muslimah.
Dalam memilih pasangan hidup, Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati.
Kriteria kesolehan isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana sifat itu, selain dituntut Islam, juga bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.
“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid).
Jelas di sini, aspek keagamaan dalam diri seseorang calon isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga. Ini kerana dengan agama yang bertapak kukuh dalam jiwanya, dia pasti akan taat kepada suaminya dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.
Isteri solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Ketika ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.
Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dijelaskan oleh firman Allah yang bermaksud: “... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah...” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)
Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa. Ini kerana keredaan suami menjadi anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.
Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya, selain penyejuk hati ibu bapa, biarpun ibu bapanya sudah meninggal dunia, melalui sedekah doa dan amalan kepada kedua-dua orang tuanya.
Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.
Pengetahuan agama dan nilai solehah inilah menjadi ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.
Sesungguhnya, fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga, begitu besar.
Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya.
“Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).
Ahad, 7 November 2010
Jumaat, 8 Oktober 2010
P E N A T
Apa yang korang rasa.. apabila korang ada temujanji discussion pada waktu sekian-sekian.. korang pun pergilah ke tempat yang dijanjikan. Pada masa korang on da way, dan sudah dekat sgt dgn tempat yg djnjikan. korang trma sms dari leader korang dan sms tu menyatakan yang discussion dibatalkan. mesti hangin kn? lain la lau masa tu, korang ada dalam bilik lg.. baru nk bersiap ke.. itulah yg sy rasa. dh la PENAT x hilang lg.. kena jalan kaki balik desa-hostel.
nasib bek la, saya ni pemaaf.. hehe.
pada suatu petang..
Teman saya, Ehsan Sabri ajak naik basikal round kampus.. hati sudah berbelah bahagi sebenarnya..
tapi, disebabkan terlalu bosan berada di bilik, saya terima pelawaannya.. BUKAN kami berdua sahaja ok. Kami berlima. Saya, Kak Maton, Kasa, Ehsan dan Sudirman..
Dipendekkan cerita.. saya kayuh basikal sampai la kt belakang muzium USM. (agak jauh dr desa kami).
nak sampi kt muzium tu kena naik bukit. saya dah x larat ni.. dah daki SEbuah bukit sebelum sampi situ. walaupun baru satu, rasa penatnya amat terasa.. sebab saya berpuasa. TAPI kwn2 sy xtau.. (sj j mlas ckp).
lutut dah lembik. kepala dh berat, mata pun dh x jelas = rasa mcm nk pitam!. sy berhentikan basikal.. tetapi biarkan dorang pergi dlu.. sbb kalau boleh xnak menyusahkn kawn sy..
Sy mesg Ehsan, ckp nk tggu kt muzium tu je, sbb x larat nk kayuh lg. (still x ckp sy puasa). tp, ehsan mntak pergi kt tempat dorang.. "USM besar". dlm ati ni tertanya2.. kt mna "USM besar" tu.. pastu.. dgn sdkit iinformasi dr ehsan... sy pon kayuh.. smpi stu cbg tu.. kepala dh pusing.. nk lalu jln mna ni?? last2.. sy pusing kiri.. xtau la knpa rsa mcm nk pusing kiri..
TIBA2.. ternampk 5 ekor anjing.! ayoo.. sy x boleh nk berhentikan basikal masa tu.. sbb dh agk dekat. 2 ekor sedg melintas jln.. 2 ekor duk bersandiwara.. dan 1 ekor d seberg jln. dgn tenaga yg masih ad.. sy gagahkn diri untuk kayuh basikal laju2.. smpi dpn anjing tu.. salah seekor anjing tu menyalak dan mengejar saya. apa lagi..sy pun kayuh lg laju..anjing2 tu pon kjar sy lg laju.. melaung pon org xkn dgr! sbb jauh.. dh la sorg2 je msa tu.. Alhamdulillah.. terlepas dr anjing2 tu..
Tapi, lpas tu, sy dh x larat lg nk kayuh basikal. rsa mkin pening dan lutut makin lembik. sies mcm nk pengsan.. tp, kuatkan semngt.. sbb xnk nyusahkan kawan. namun, apkan daya..sy insan lemah.. TERPAKSA juga menyusahkan kwn2.. maaf ye ehsan, k.maton, kasa n sudirman.. terima kasih juga.. sbb tolg sy.. lau korang xtlg.. sy x tau la mcm na..
lau korang jd ak.. ap yg akan korang buat pda msa dikejar anjing tu.. n msa korang rsa cm nk pitam??huhu~

Isnin, 20 September 2010
takkan hilang kenangan itu..
Tanggal 15 September 2010, saya terima satu sms dari kawan sekampung aka junior di sekolah menengah aka junior di USM. smsnya berbunyi
"salam.. k.farah tau x lg c.mat dh xde?" tertanya-tanya di dalam hati kecil sy.. c.mat mana? jgn lh zelin.
dengan pantas, sy membalas mesejnya,
"c.mat mana ni?" hati berdebar-debar..
"zelin USM"
Ya Allah.. betul ke ni?? saya terduduk di atas katil. pada ketika itu, saya sdg bersiap ke Lata Belatan untuk menghadiri reunion kawan sekolah menengah renek. adik bongsu yang kebingungan bertanya.. kenapa? setelah melihat saya terduduk.. saya kelu. tidak tahu perkataan apa yang ingin diucapkan selain rasa tidak percaya. dengan cepat, saya menukar pakaian,. berhasrat untuk menziarahi jenazah sahabat saya itu. saya rapat dengan arwah semenjak dari sek men lg. dulu, kami selalu jalan kaki bersama menuju ke tembok besar, dan menunggu bas bersama. dan kini, kami dapat stu universiti yg sama. tp, dia tua stahun drp saya. bermakna, jika diikutkan, sekarang dia berada di tahun akhir di USM ini. ibu bapa kami juga baik. dulu, ma kawan sekelas dengan ayah arwah.
saya pergi ke rumah arwah dengan adik bongsu.. pada ketika itu, hujan turun. tetapi nasib tidak lebat. sampi ke rumahnya, Ya Allah, ramainya org. nasib baik jumpa dgn k.ct, k.ifa dan k.ina.. kwn2 sekelas arwah yg dlu. saya kuatkan semangat, tabahkan hati untuk mengawal emosi. apabila menjejaki tangga pertama rumah arwah, saya tidak mampu lagi mengawal emosi.. sebak tiba2 teringat kenangan kami semasa sahur bersama sebelum balik kampung. arwah ada cakap, kalau xnak mkn skrg.. mgkin saya x dpt lg nk mkn bersama. arwah juga ad bersungut.. yg dia x tau dapat puasa ngan sahur sma2 lg x thn dpn.. saya pun kt.. mmg la x dpt, sbb kn zelin dah xde msa tu.. dh grad. dia cuma gelak j..
pada 17 Sept. 2010, masa tu saya g ziarah kubur arwah atok. msa nk blik, tgk kubur baru. dalam hati, "ni kubur kawan aku". ma saya faham perasaan saya.. ma ajak saya baca yassin kt kubur arwah pula. saya pun duduk.. bila sedang baca yassin tu, sebenarnya, timbul lagi perasaan sayu.. dan tidak percaya "btul ke zelin dah xde??". walaupun pda ktika itu, sy sdg baca yassin dpn kubur dia.. Ya Allah, sebaknya dalam hati ini. bacaan terhenti buat seketika. cuba untuk mengambil nafas dan semangat yg baru serta meneruskan bacaan.
pada 18 Sept. 2010, bersama2 YDP Permata dan wakil Permata dari kemaman, sy pergi ke rumh arwah lg sekali.. kedatangn kami hanyalh untuk menziarahi dn memberikn sdkit sumbangan yg dikutip atas bas. setelh yg lain beransur tiada, hanya tggl kmi bbrpa org shja di laman.. ayh arwah tya "nnti mlm farah nk g dgn sape jerteh? p.cik da x boleh nk tolong hantar lg" suara dia sebak.. saya tak boleh dgr suara p.cik yg sebak. lebih2 lagi melihat muka m.cik yg sayu j.. kesiannya kat famili arwah. dah la arwah ank sulong, dn harapan keluarga. pada malamnya, jam 8.30.. ketika mnggu azan isya, tba2 telefon berdering. rupanya, ayah arwah yg telefon. dia tya " farah dah pergi ke jerteh? naik bas pkul brapa? g dgn sape? belajar elok2 ye.." Ya Allah, sedihnya hati ini. otomatik trgt kt arwah.. smpai di jerteh, ati terasa kosong.. rindukn dia. sebab balik raya kami bertiga thn ni.. tp pulag ke USM hya berdua. nasiblah ad junior saya yg sma kg dan sama uni. dia yg menceriakan suasana.. kalau dia xde, mst sy x dpt nk kawal emosi.
sampi di USM, tgk kelendan bas tolong amik beg.. trgt kt arwah, yg slalu tolong angkt beg untuk letk dn amik dr bonet.. masih lg terasa arwah ada di muka bumi ini. saya telah cuba untuk menerima kenyataan ini. sy telah cuba untuk menguatkan semngt dan tabahkan hati ini..

Ya Allah, Kau cucurilah rahmat kepada sahabatku ini dan
tempatkanlah dia antara golongan orang
yang soleh dan beriman
Al-Fatihah untuk arwah...
Selasa, 4 Mei 2010
..penghujung sem..
Hai..
Assalamualaikum..
Sudah lama membiarkan blog farah ini sepi yanpa catitan dari farah.
hari ini, farah nak bercerita.. Erm.. dah tiba penghujung semester sekarang ini.. besok farah akan menghabiskan peperiksaan akhir pada semester ini, dan lusa adalah hari yang farah tunggu-tunggu semenjak dua minngu kebelakangan ini. BALIK KAMPUNG!. hehehehe.. tak sabar nak sampai ke kampung halaman, tempat tumpah darahku..
Mula terasa masa begitu cepat meninggalkan kita.. tambahan pula semeter dua ini adalah semester yang pendek. Dah nama semester dua ini semester yang pendek, tentunya jadual farah begitu sibuk pada sem ini. kelas malam ada tiga hari berturut-turut. bermula daripada hari isnin sehingga hari rabu. Hari isnin kelas bahasa isyarat. hari selasa kelas psikologi tak normal dan pada hari rabu pula kelas tingkahlaku manusia. sangat seronok belajar kelas bahasa isyarat.. tapi dah lama farah tak praktis dengan Mar (rumate). jadi, dah tak ingat sangat. hehehe.. kelas psikologi tak normal dan kelas tingkahlaku manusia ni sebenarnya diajar oleh pensyarah yang sama. namanya dr.Affandy. Dr, ni sangat kelakar.. jadi, walaupun kami menghadap mukanya selama lebih kurang lima jam dalam sehari, kami tak rasa mengantuk sangat dalam kelas. macam mana nak ngantuk kalau kelas sentiasa bising dengan gelak tawa yang diciptakan oleh dr. Dan..masa jawab exam psikologi tak normal kelmarin. dr telah bantu farah. mugkin dia tengok muka farah dah 'blur' sangat kot masa tu.. hehee.. apa-apapun, terima kasih dr.! InsyaAllah esok saya akan jawab exam tingkahlaku manusia dengan baik. InsyaAllah..
hmmm.. nak tau lagi kenapa farah sibuk sangat sem ini? hehehe.. tunggu eh, farah nak ceritalah ni.
sebab utama adalah kerana perancangan untuk mengumpul dana bagi lawatan ke beijing.. lawatan ini dirancang pada akhir sem satu lagi sebenarnya.. peserta-peserta yang akan mengikuti lawatan ini memang sibuk sangat. melakukan pelbagai cara untuk mengumpul dana. lebih-lebih lagi, pengarah projek (Faridah Noor bt che Ali) bagi lawatan ini, lagi-lagi la sibuk.. pelbagai persiapan untuk lawatan ke beijing ini harus dilaksanakan dengan baik. hal ini kerana, kami bukan sahaja pergi ke beijing untuk buat lawatan semata-mata, tetapi untuk mengadakan persidangan meja bulat dengan salah satu universiti di beijing. iaitu di Beijing Foreign Study University (BFSU).. hmm,, pasal lawatan kat sana, sabar dlu ye.. farah nak cerita tentang persediaanya dulu.. kami buat latihan tarian untuk dipersembahkan kat BFSU nanti. Kami juga buat latihan meja bulat. kami cari dana dengan buat tayangan-tayangan movie dengan harga tiket sebanyak RM2, dan macam-macam lagi lah.
Dalam usaha untuk membuat persediaan ke beijing tu, farah juga kena bahagikan masa untuk memberi tumpuan dalam program URace yang biro farah laksanakan. Iaitu biro komunikasi korporat. tapi.. farah rasa sedikit kesal sebenarnya kat sini, sebab farah rasa tak mampu nak berikan komitmen yang sepenuhnya dan sebuah komitmen yang baik sebagai seorang setiausaha projek. Maaf dipinta kepada ahli biro komunikasi korporat juga kepada puan pemantau.. (saudari Halimaton Ahmad ) (^,^). walaubagaimanapun, farah rasa, program itu berjalan dengan lancar juga akhirnya. walau tak dinafikan banyak dugaan dan cabaran untuk melaksanakan program itu.. tetapi, Alhamdullilah, pihak muzium USM memberikan kerjasama yang baik dengan pengarah projek kita (Nik Muhamad Anas Bin Kamaruddin) dan kepada Noor Aqwa Russlan. sebenarnya, mereka la orang kuat untuk menjayakan program URace ini.
farah juga terlibat dengan program Tayangan Amal yang dilaksanakan oleh biro Keusahawanan dan Penajaan. program ini sebenarnya menayangkan filem baharu. iaitu filem 'Lu Pikirlah Sendiri'. semasa buat program ini, filem ini belum lagi ditayangkan di mana-mana panggung wayang. farah jadi sekretariat protokol dalam program ini. angan-angan nak jemput artis tapi, jemput pengarah filem je, sebab pelakon tak dapat turun padang. ish, rasa rugi betul.. kalau tak, boleh berganbar dengan Nabil.. hehe!! sebelum hari kejadian, farah kena bertugas kat kaunter jualan tiket dahulu. tiket dijual pada harga RM 6. kira murah la tu kan, kalau kat panggung mau-mau RM 9 paling murah. Alhamdullillah dapat sambutan yang agak menggalakkan juga daripada warga USM. dan krew kami mendapat pujian daripada pengarah filem (Aminah Rafur) kerana berani sain kontrak walau tempoh masa hanya ada lebih kurang 2 minggu dengan hari kejadian. tapikan, boleh pulak setiusaha penagarah filem tu cakap muka farah ni ada iras dengan kawan dia kat pejabat sana. Opss.. terlebih sudah!! hik3..
selain itu, desa ada buat program pertandingan debat dan pertandingan berpantun (PADU). farah tak terlibat dengan program ini, hanyalah menjadi penyokong desa.. pergi tengok kawan-kawan berlawan, dan ikuti perkembangan pertandingan ini. tapi, pasukan desa farah (Desasiswa Fajar Harapan) hanya mampu bertahan pada peringkat suku akhir sahaja bagi pertandingan pantun. tapi, desasiswa kami dapat menebus kekalahan PADU apabila kami mendapat johan dalam pertandingan debat. Alhamdulillah..:)
tahniah kepada para pemantun dan pendebat Desasiswa Fajar Harapan.
farah juga terlibat dengan program TOT (Temasya Olahraga Tahunan). program TOT ini memang dibuat pada semester dua setiap sidang. hmm.. ni masa yang sgt genting. semua orang sedang sibuk dengan ujian pertengahan sem pada ketika ini. tambahan pula tarikh TOT adalah berdekatan dengan tarikh untuk peserta beijing berangkat. aish.. memang sibuk la. farah kena berlatih kawad untuk TOT ni. sebab farah masuk pertandingan perbarisan. tiap-tiap hari kena buat latihan kawad. dah la farah ni memang tak pandai nak kawad dan tak ada minat berkawad sejak dari zaman persekolahan lagi. tapi demi desa tercinta.. farah sanggup berkorban. huhuhu.. pada masa yang sama juga, farah dan para peserta beijing kena buat latihan tarian. selain itu, kami kena buat latihan meja bulat dan mesyuarat terakhir bersama para penggawa desa, en Sharul Imran dan Puan Suzanna. sebab kami akan berangkat ke beijing sehari selepas sehari habis program TOT.
kini, masa yang ditungu-tunggu. hehehe.. pejam celik, kami dah sampai ke tanah China. dugaan sebelum sampai beijing, farah kena tahan kat imigresen Pulau Pinang. hehhe.. sebab terlupa nak letak telefon dalam beg untuk di 'scan'. hehe.. cubaan. sampai kat imigresen Bangkok pun kena tahan jugak. entah kenapa tiba-tiba beg farah berbunyi. nasib baik beg tak kena buka. kak wani, siap kena buang kasut lagi. hehehe.. kesian! kami sampai beijing dalam pukul 4 petang pada 31 Mac 2010. tiba kat sana, suhu di sana sangat sejuk. terus bukak sarung tangan yang dibeli kat BJ (Bukit Jambul). kami diperkenalkan sengan Amanda.. Amanda ni merupakan pemandu pelancong kami. Ia baik sangat.. melayan kerenah kami yang poyo-poyo.. hehhe. ingat lagi, tempat pertama yang kami pergi adalah kat restoran muslim. agaknya kami ni terkena kejutan budaya makanan masakan cina. sebabnya, sampai je makanan kami terus 'Ngap'! belum sampai lauk lain, lauk yang dibagi sebelum ni dah habis. hehe.. memang kelakar sangat. hari-hari seterusnya kami dibawa pergi melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Forbidden City, Great Wall, dan Summer Palace. kami juga dibawa ke pertunjukkan Akrobatik, stadium Olimpic Beijing, kedai silk dan kedai jed yang terbesar di China. cerita tentang tempat yang kami lawati memang tak tercerita. tapi sayang, farah tak sempat nak tengok masjid niujie. kerana kami singgah ke masjid tu pada waktu malam, dan masjid tu ditutup pada waktu tu.. banyak kenangan manis farah kat beijing. salah satunya semasa kat stadium olimpik. sedang farah, mar dan zarith berjalan-jalan melihat persekitaran stadium tersebut, mar meminta kami practise untuk group discussion kami bagi kelas LSP 300 kami. sebab balik je dari beijing nanti, kami kena buat group discussion kat kelas nanti. kebetulan pula kami satu kelas dalam kelas LSP 300 tu. farah lupa skrip farah masa kami membuat practise tu. dan, farah nak keluarkan skrip dari dalam jaket yang farah pakai. memang farah sentiasa bawa kemana-mana skrip tu.. tapi hafalnya tidak. hehehehe!! masa farah nak keluarkan skrip tu, terketar-ketar tangan farah. sebab sejuk sangat! sekali angin datang boleh menggigil. tiba-tiba, skrip tu terlepas daripada pegangan tangan farah! rasa agak cemas la masa tu.. farah berusaha untuk kejar secebis kertas skrip tu. walaupun di hati rasa tak berapa yakin untuk mendapatkannya lagi. mar dan zarith tu dah gelak kat belakang. tapi, akhirnya, farah dapat juga kertas skrip tu sebab penjaja cina tu yang tolong dapatkan. shin sei.. (^,^) . satu lagi yang farah kira kenangan uang mungkin susah sikit untuk farah lupa adalah semasa buat sorakan fajar harapan kat tembok padang tembok besar china. walau kami telah rasa letih, namun suara kami bergempita di tembok besar china. dapat pujian daripada pelancong mat salleh pula tu. dia kata 'nice song'. tapi izwan jelaskan yang tu adalah sejenis 'cheers'. hmm.. memang rasa sangat kelakar masa tu. juga rasa bangga.. sebab telah dapat martabatkan sorakan fajar harapan, USM. ceewaah..!! balik dari beijing, kami singgah di bangkok selama satu malam. pada masa ini, pasukan baju merah yang dikatakan melawan kerajaan telah berleluasa di sekitar bangkok. nasib baik keadaan pada ketika itu masih lagi terkawal. jadi, farah dapat mengutip satu lagi pengalaman baru apabila melihat pasukan baju warna merah itu menyekat laluan jalan raya. sehinggakan pemandu kami terpaksa melalui jalan alternatif untuk sampai ke hotel penginapan kami. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke hotel, dan petang keesokannya kami bertolak balik ke malaysia. walaupun flight kami pada jam 10 waktu malaysia, kami terpaksa bertolak awal ke lapangan. dan kami sampai ke kampus lebih kurang jam 12.30 pagi waktu tempatan.
seminggu selepas balik dari beijing, ada majlis makan malam bersama MPD Fajar Harapan. farah pun turut menyertai program ini dengan menjadi sekretariat protokol. hmmm.. protokol lagi. padahal farah tak pandai sangat nak sambut tetamu ni. tapi belajar la. tambah lagi, yang jadi pengarah projek ni mar. roomate sendiri. jadi, farah pun tolonglah, ala..bukan susah sangat pun. tinggal nak sambut tetamu je.. yang lain-lain tu al-faruqy dah handle.
lalu.. farah dan kawan-kawan pun berjuang la dalam minggu peperiksaan.. saat-saat terakhir ni mar belanja pizza tau. rugi pada sape yang tak mau ikut. terima kasih mar.. sayang kamu (^,^).
dan esok adalah paper terakhir farah.. lusa pagi-pagi lagi farah balik kampung halaman.
selamat tinggal semua. kita jumpa lagi awal bulan tujuh nanti. wassalam.. (,")

Rabu, 7 April 2010
PEMBANGUNAN KELESTARIAN DAN MEDIA
Perkataan lestari menurut kamus dewan bermaksud tidak berubah-ubah, kekal dan tetap. Pada tahun 1987, United Nation telah mengeluarkan laporan Brundland yang mentakrifkan pembangunan lestari sebagai pembangunan yang merangkumi aspek ekonomi,sosial dan alam sekitar. Pembangunan lestari bermakna pembangunan yang memberi keutamaan kepada pengurusan ekonomi, sosial dan alam sekitar untuk memastikan kelancaran proses kehidupan dan sumber alam agar dapat terus digunakan generasi masa depan. Definisi lain kelestarian jika dilihat dari konteks sosial dan ekonomi. Kelestarian sebagai komitmen petunjuk penting sesebuah negara dalam menangani isu pemanasan global, pencemaran alam sekitar dan kecekapan penggunaan tenaga dan sumber. Dengan adanya konsep pembangunan lestari ini juga telah menangkat isu kesejagatan manusia secara tidak langsung seperti kemiskinan, ketidakadilan, penindasan, pencemaran, keruntuhan etika, jurang kesihatan dan isu-isu global. Isu pembangunan alam sekitar telah mendapat perhatian seluruh negara di dunia pada hari ini termasuk Malaysia untuk mencapai pembangunan generasi yang seimbang pada masa kini. Kefahaman untuk menjaga alam sekitar memerlukan masa yang lama malah perlu dipupuk sejak zaman kanak-kanak lagi dan perlu berterusan hingga ke dewasa kerana ia memerlukan masa yang lama untuk benar-benar memahami konsep kelestarian alam sekitar itu sendiri. Manakala bagi pembangunan sosial dan ekonomi merupakan satu sistem yang menuju kearah pembangunan yang seimbang. Media memainkan peranan yang amat penting dalam membantu kerajaan serta negara dalam memastikan pembangunan kelestarian alam sekitar terus berjalan dengan lancar. Media juga berperanan dalam memaparkan isu-isu kemusnahan alam sekitar dalam pelbagai cara. Salah satu contohnya, media boleh menggunakan rangkaian media cetak seperti memaparkan isu kemusnahan alam sekitar yang member kesan negatif seperti bencana alam dengan menyiarkan berita serta isu tersebut di dalam surat khabar. Kemusnahan alam sekitar semakin menjadi isu hangat pada masa kini hingga turut dibawa dan dibincang diperingkat antarabangsa. Hal ini jelas menunjukkan tentang persoalan yang berkaitan alam sekitar sukar untuk dijawab kerana kerosakan alam sekitar berlaku dimerata tempat setiap masa. Masalah berkaitan alam sekitar ini juga sering timbul pada saban hari kerana keegoan serta penyalahgunaan kuasa dalam setiap peringkat pentadbiran. Jika media memainkan peranannya di sini dengan memaparkan perkara sebenar, besar kemungkinannya masalah yang berkaitan isu pencemaran alam sekitar dapat kita atasi atau dikurangkan. Kelestarian daripada satu skop tidak mencukupi kerana pembangunan lestari merangkumi aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial kerana sekiranya perhatian kita hanya tertumpu kepada alam sekitar konsep kelestarian tidak dapat diseimbangkan. Jesteru aspek kedua ini penting dalam menentukan hala tuju negara di masa akan datang. Berdasarkan laporan analisi dikemukakan terhadap punca dan kesan krisis ekonomi semasa yang bermula di Wall Streat, Amerika Syarikat menjangkau ke Eropah dan semakin menular ke Asia. Sebahagian penduduk dunia di negara miskin semakin paras kemiskinan semakin tertekan di bawah paras kemiskinan dan dilatari pula peperangan. Sementara rakyat di negara maju terus berkembang malah ramai sudah tersasar akibat limpahan kemewahan. Pembahagian kekayaan semakin tidak seimbang, perbalahan serantau kian membimbangkan migrasi desa ke kota berterusan. Begitu juga dengan penularan penyakit dan jenayah. Itulah sebabnya hampir seluruh komponen ekologi telah digembleng sepenuhnya, sama ada oleh si miskin yang mencari-cari sesuap nasi atau pengusaha kaya yang ghairah untuk menokok harta sehingga menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem dan itulah sebabnya banyak kawasan dan keupayaan menampung ekosisrem semakin berkurangan sehinggan tanah tidak lagi subur, atmosfera berjerebu, dan sumber air terjejas.
Ditulis oleh: Norain Binti Saleh & Norsyafinas Bt Ahmad Sukri, Universiti Sains Malaysia.

Langgan:
Catatan (Atom)